Hanya ini sahaja masa yang ada untuk diluangkan bersama dengan suami. Tunggu dia cuti baru dapat bersama-sama dengan suami, sama ada keluar berjalan atau menonton wayang larut malam. Dulu, kalau nak menonton wayang, pilihan yang ada sama ada MBO di Ayer Keroh atau GSC dataran Pahlawan. Nasib baik JJ Bandaraya dah ada panggung wayang GSC, jadi dekat sedikit la perjalanan kami. Selalunya kami pilih wayang larut malam, dan akan tiba di rumah sekitar 3 pagi. Huhuhu..dah kawin ni, makin selalu pula balik lewat pagi. Kalau sebelum kawin, jangan harap la dapat keluar rumah sampai lewat macam ni.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)