24 June 2011

Mak & Mee Goreng

Lepas dari mak sakit hari tu, selera mak agak terbatas. Mak dah kurang selera nak makan nasi, kalau makan pun tak berapa suap je. Kalau lauk tak kena dengan tekak mak, memang payah mak nak habiskan nasi. Yang mak minta, selalunya mee goreng. Kalau sekali sekala, ok lagi..masalahnya mak minta setiap hari. Kat dalam peti ais, bahan-bahan nak masak mee goreng mesti ada dan lengkap. Pagi mee goreng, tengahari mee goreng...malam pun mee goreng. Huhuhu....layankan je la.


Yang penting, mak ada selera nak makan. Kami adik beradik risau bila mak hipo (kurang gula dalam darah). Azabnye nak kembalikan mak kepada keadaan sedar terutamanya tengah malam. Bila gula dah terlalu rendah (mak pernah hipo sehingga bacaan gula 2.6), mak dah berpeluh-peluh satu badan sampai lencun baju dan kain batik, cakap pun dah tak berapa betul dan gelap mata. Kami adik beradik akan segera semak gula mak dan bancuh air gula pekat dan potongkan buah-buah manis untuk naikkan semula kadar gula dalam darah mak. Proses mak nak kembali sedar memakan masa setengah jam hingga satu jam. Bila dah sedar sedikit, barulah mak boleh bercakap dengan normal dan perasan apa yang tengah berlaku.

Doktor pernah pesan, kalau boleh jangan sampai kadar gula bawah dari bacaan 2, ini akan mengakibatkan mak terus pengsan dan koma. Bila dah jadi macam tu, boleh membawa maut. Ya Allah, minta dijauhkanlah dugaan semacam itu.....

Hikmah disebalik semua yang berlaku selepas mak sakit ni, aku dah mula pandai masak dan rajin ke dapur. Alhamdulillah.....seronok dapat masak untuk mak dan suami. Bukan pakar tapi cukuplah sekadar mengenyangkan seisi rumah dengan air tangan sendiri.

4 comments:

  1. omaigod..sedap nye mi itu.
    (sambil lap air liur)

    ReplyDelete
  2. iamrastogi, do i know you? macam familiar jer cara penulisan di blog tu....heheheh

    ReplyDelete
  3. **pengsan**
    tak kenal ai?emo.emo.
    aku ah Ida..dak aril.
    aku da x igt password ke memcm blog etc dsb tuh.
    kene create baru.gile kentang.

    P/s:bulan puasa boleh tukar juadah mi goreng ni ngan hape eh?wakaka.

    ReplyDelete
  4. aku dah agak dah, dr gaya tulisan tu aku rasa aku kenal sapa tapi tak berani main teka..sekali betul daaa...haa, apa lagi? sila menulis dlm blog sampai lebam....

    erk, mee goreng tu boleh bertukar jadi makaroni goreng daging..pergh, sodap!

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)