22 June 2011

Nak Lari, Lari La....Tapi..

Ni bukan gambar bibik aku...ni gambar hiasan je.
Tak sampai dua bulan, aku dah hilang 2 bibik. Sengal betul la. Memula, masa dapat bibik yang pertama, Bibik Salmiah pada 17 Mei 2011. Tak sampai dua minggu, kena pulang balik pada agen sebab tak lepas FOMEMA dan pas pelawat dia dah tamat tempoh, jadi secara automatiknya dia adalah PATI. Tak nak simpan dia lama-lama kat rumah dan perangai dia pun tak banyak membantu mak kat rumah, jadi, kami adik beradik lepaskan je dia pada 28 Mei 2011.

Bibik yang pertama ni memang menyakitkan hati. Masa mula-mula agen bawa jumpa famili kitaorunk, siap mengadu majikan lama beri kerja yang susah-susah, kena cabut rumput kat kebun yang besar sedangkan skop kerja asal dia adalah jaga mak majikan tu yang dah uzur. Macam-macam la dia cerita, nak nampak macam teraniaya. Kebetulan, memandangkan ini pertama kali kami ambik bibik tinggal sama untuk jaga mak, jadi kami tak tahu sangat nak beri kerja rumah apa kat dia. Kakak aku cakap pada dia, cuma temankan mak, beri makan ubat ikut waktu dan tolong masak apa yang patut....Haram! Mak aku berehat kat sofa...dia pun ikut sama lepak atas sofa siap melingkau lagi. Siap tidur dengan pintu gate rumah tak berkunci..menyirap betul darah aku masa tu. Bila minta buat kerja sedikit, mula la bagi alasan dengan mak aku, kata badan dia sengal-sengal sebab terkena renjatan elektrik bila pegang barang elektrik aku (kepala hotak dia!). memang la masa tu kebetulan pendawaian rumah aku ada masalah, tapi lepas Pak Teh dah betulkan, dan dah takde kena renjatan elektrik lagi, dia masih bagi alasan tangan sengal-sengal..apakejadahnya? Mak aku pula mudah sangat rasa kesian, siap suruh rehat dan beri minyak angin untuk urut tangan yang sengal-sengal kononnya tu. Masak? Lagi la haram. Ikut tekak dia plak nak masak ke tak. Abis mak aku nak kebulur ke kalau ko tak rasa lapar? Sampai tahap aku yang kerja 30 km lebih dari rumah, kena berlari balik masak tengahari semata-mata tak nak mak kelaparan. Kalau kami adik-beradik ke dapur untuk masak makan malam, dia sikit pun tak jenguk muka, bantu apa-apa yang patut. Boleh selamba badak duduk kat sofa depan sambil tengok tv. Satu lagi kes yang buat aku bengkak dengan perangai Bibik ni, boleh lak memilih nak ke tak nak tolong sidaikan baju yang dah siap basuh...cuma sidaikan je! Itu pun susah ke? Geram betul aku dengan bibik sengal ni. Mak aku suruh dia tolong sidaikan, boleh plak cakap tak mahu dan suruh aku sidai sendiri lepas balik kerja...bangang! Bibik ni siap buat muka bila kakak aku pesan dia buat kerja sebaik je akak aku berpusing muka. Ni semua anak buah aku yang cerita semula pada kami.

Lepas hantar bibik Salmiah ni kepada agen, pada ahad pagi 29 Mei 2011, kakak aku bawa balik seorang bibik dari agen lain pula. Memang tak boleh tangguh-tangguh sebab kurang seminggu lagi majlis perkahwinan adik bongsu aku. Kali ni dapat bibik yang bernama Bibik Febry. Yang ni kerja memang elok. Semua benda dia buat, termasuk memasak, sidaikan baju, gosok baju dan kemaskan perhiasan rumah. Tapi, masalah timbul bila dia dibekalkan dengan telefon bimbit(HP). Memula datang dulu, agen tak kasi dia bawa sekali HP, hanya boleh beri jika majikan benarkan. Ada la satu kes semasa majlis adik aku berkaitan HP sebab dia terdesak sangat nak call famili dia di seberang. Kalau cara dia lembut tak apa juga, masalahnya ni melibatkan orang luar dan cara dia merampas HP orang untuk jawap sms anak dia kat sana. Akak aku dah beri amaran jangan buat macam tu lagi. Memangla kami faham dia tak pernah berjauhan dengan famili (dia cerita, tak pernah datang malaysia dan dia anak bongsu, manja), jadi akak aku consider kalau dia kerja elok dalam 2 minggu tu, mungkin diberi kelonggaran untuk ambik balik HP dia dari simpanan agen.

Seminggu lepas, masa bawa dia gi buat pemeriksaan kesihatan FOMEMA dengan kehadiran agen dia, akak aku serahkan HP bibik pada tangan bibik sendiri untuk call famili kat sana dan maklumkan dia selamat kat sini. Lepas dari tu, aku perasan bibik ni asyik-asyik masuk bilik tidur di bahagian belakang (tempat dia tidur dengan mak aku), lepas tu lamaaaa baru keluar balik. Aku tak kisah sebenarnya tapi makin lama, makin menjadi-jadi lak. Sampai berlaku satu hal yang aku naik marah dan terus sms akak aku suruh akak aku ambik balik HP bibik tu. Aku keluar beli barang dapur waktu maghrib tu, bila sampai rumah, aku nampak mak tengah solat, lepas tu aku panggil la bibik. Dekat 10 minit panggil, sampai aku terjerit-jerit kat luar pagar rumah, nasib baik aku teringat ada kunci spare dalam dashboard kereta, aku buka pintu dan terus ke bilik belakang. Bila aku buka pintu sliding tu, kebetulan bibik tengah main HP sambil pegang kain telekung. Dia punya mengelabah masa tu, sampai nak terjatuh HP tu dari tangan dia. Aku tanya tak dengar ke orang terjerit-jerit panggil nama dia dari luar. Dia boleh kata baru nak solat.....?? Aku punya hangin, aku terus sms ateh aku.

Malam tu juga ateh datang dengan famili dia. Lepas dah makan malam, dia panggil bibik dan aku ke ruang tamu nak berbincang hal ni. Bila ateh aku minta HP dia dan kata nak ambil balik, bibik dah mula menangis sedu sedan merayu tak beri diambil. Ateh aku cek HP dia, baki dari RM30 hanya berbaki RM3 lebih dalam masa seminggu. Dia kata dia tak main HP, cuma jawap call dr anak dia....abis tu kredit makin sikit tu apa cerita? Kalau ikutkan , bibik tak akan dapat gaji selama 5-6 bulan memandangkan semua duit dah diserahkan pada agen, tapi ateh aku still pinjamkan dulu duit untuk beli topup HP dia dan dahulukan duit gaji bulan ni untuk dihantar pada famili bibik. Last-last ateh aku beri amaran jangan guna HP masa waktu siang dan cuma onkan HP masa malam je.

Aku ingatkan isu ni dah selesai malam tu juga, rupanya bibik cengeh ni punye merajuk sampai pagi Isnin. Agaknya dia merajuk aku ngadu pada ateh pasal dia main HP, sampai tak nak makan semeja dengan aku. Aku perasan, lepas tu aku sound dia, dah mak panggil makan sama tu, datang je la....apsal ngelak-ngelak. Lepas tu, dia menangis bagai nak rak depan mak aku. Memula aku buat dek je, bukan aku cubit atau dera ko pun? Aku cakap pun dengan nada biasa, yang tetiba nak melalak macam kena pukul apa hal? Lepas tu aku soal dia, apsal nak menangis macam ni? Dia kata kalau dah tak suka, boleh hantar dia balik Indon. Bongok nyer bibik, aku geram betul bila dia cakap macam tu, terus aku tazkirahkan dia dekat setengah jam, aku kata tak nak dengar dia ulang nak minta hantar balik Indon...tak kan setiap kali mengajuk nak minta hantar balik Indon? Lagi pun kami adik beradik dah berhabis duit untuk dapatkan dia. Dalam perjanjian pun sepatutnya dia kena berkhidmat selama dua tahun dengan kami.Lepas tu dia nampak dah ok sikit, terus buat kerja dia layan mak. Aku pun..ok la, dia dah tak buat perangai lagi, siap lepas Asar bawak mak dan dia gi tepi pantai, makan di luar.

Yang tak sangka tu, hari Selasa (semalam - 21 Jun 2011) dia boleh lari dari rumah!! Lari rumah tu satu hal ,masalahnya dia tinggalkan mak aku sorang-sorang kat sofa depan sedangkan dia lari ikut pintu bilik belakang. Pagi tu masa aku masak untuk sarapan, dia elok je masuk sekali kat dapur tolong apa yang patut, cumanya tak bersuara sangat. Diamkan diri je. Tengahari masa kerja, aku dalam mesyuarat, akak-akak aku call HP aku, tapi aku tak perasan. Cuma bila dah pukul dua petang, aku perasan ada beberapa missed call dan sms, terkejut giler aku bila baca sms alang "Bibik dh lari rumah. kaklang dah tel kak teh"...Berderau darah bila dapat tahu benda ni.Tak boleh bayangkan macam mana dia boleh sampai hati tinggalkan mak aku sorang-sorang! Aku terus call alang tanya hal ni. Alang kata mak perasan bibik dah takde sejak pukul 11 lebih lagi, mak aku panggil nama bibik banyak kali tapi tak berjawap. Mak aku ingat dia ada kat dapur buat kerja. Tapi sampai pukul 1 petang, bibik tak muncul-muncul. Ateh dan alang aku balik rumah tengok keadaan rumah dan mak. Rupa-rupanya bibik ni lari sehelai sepinggang tak bawa beg baju dia yang besar bagak tu. Dia cuma bawa pakaian dalam dan baju-baju t-shirt je.Kunci pintu bilik belakang dia campak ke dalam semula dan hanya rapatkan pintu kayu. Tak pasal-pasal ateh aku kena bawa kereta dan mencari dia di kawasan perumahan berdekatan sampai ke pantai. Bila ateh call agen, memang agen terkejut sebab tak pernah dalam rekod dia, bibik bawah seliaan dia buat hal lari dari rumah. Kebetulan agen tu sekarang berada di Indon untuk uruskan hal passport bibik ni.

Dah jadi macam ni, nak tak nak aku terpaksa la cuti kecemasan pada hari Rabu memandangkan tak ada orang nak jaga mak sepanjang hari sementara ateh selesaikan kes bibik ni dengan agen. Bila fikir-fikir balik, banyak keistimewaan yang kami semua berikan pada bibik sampai wujud peluang untuk dia buat hal. Salah satunya, mak terlalu manjakan bibik dan layan terlampau baik sampai makan pun ajak semeja. Mak boleh bahasakan diri mak "mak" dan anggap bibik macam anak sendiri. Tapi, apa balasannya? Tegur sedikit, dah nak lari rumah. Kalau tak boleh tegur, apa fungsi kita sebagai majikan? Terlampau diberi keistimewaan sampai kena pijak kepala. Malam yang dia lari tu, kami satu rumah tak boleh tidur sebab asyik terbayang bibik nak datang balik rumah. Aku sampai mengigau dan meracau dalam tidur, hubby aku kata aku menjerit suruh tutup pintu depan dan belakang sebab nak halang bibik dari masuk dalam rumah semula, alang aku dan anak buah aku kepanasan tak boleh tidur sebab rasa macam bibik nak datang balik ke rumah malam tu. Rupa-rupanya anak buah aku ada bermimpi malam sebelum bibik tu lari. Dia kata dalam mimpi dia, dia baru balik dari sekolah dan nampak bibik dah berkemas baju dan bawa beg nak lari dari rumah, dia cuba nak bagitahu mak dia tapi macam tak boleh. Mungkin itu petanda awal tapi bila dah berlaku baru kami perasan petanda-petanda tu.

Sekarang ni, kami adik beradik tengah fikirkan macam mana nak selesaikan hal mak tanpa buat mak tersinggung dan berasa diri dia menjadi beban pada adik beradik kami. Mak sampai mengomel dengan aku.."Sampai bila mak nak jadi beban pada korunk adik beradik?" Aku jawap balik "Mana ada mak jadi beban pada kami? Yang jadi beban tu bibik Indon bodoh tu..Menyusahkan hidup semua orang"...Ramai yang bertanya, tak nak gi cari balik bibik tu ke? Dalam hati aku tak de sekelumit pun rasa nak cari bibik tu, dia dah nak sangat lari....lari lah? Ada aku kesah ke? Nasib ko la apa nak jadi kat luar sana tu. Kalau nak sangat kerja kilang, kerja di kedai makan..dipersilakan. Tapi aku doakan ko dapat balasan setimpal dengan apa ko dah buat pada famili aku terutamanya mak aku yang dah anggap ko sebagai anak (siap mak cium pipi - meluat aku!).

Pelik kan? Dapat majikan yang tak ada perkemanusiaan, habis teruk kena dera..pandai pula mengadu kata majikan di Malaysia kejam. Bukannya tak ada kes baru datang seminggu ke Malaysia, balik ke sana dalam keadaan tak bernyawa sebab kena dera. Tapi bila dapat majikan yang layan baik-baik dan anggap macam sedara sendiri, buat hal dan perangai sampai lari-lari dari rumah.....bongok kan bibik Indon ni?? Sanggup menyusahkan diri lari dengan tak ada passport dan permit kerja sedangkan kerja kat rumah aku bukan banyak sangat pun, siap ko boleh sendawa lepas makan lagi. Kerja tak berat cuma layan mak aku, masak pun kami adik beradik yang tolong siapkan. Ni la namanya bangsa tak kenang budi.

p/s: aku baru bercadang nak bawa bibik berjalan ke cuti-cuti malaysia bulan Julai ni temankan mak, sungguh bodoh ko lepaskan peluang keemasan ni bibik oi.....

1 comment:

  1. saborla ida, kalu kes lari ni biasanya kompem ada bf tu. x sedor diri depa ni.kalu xle kena tegur jgn dtg msia.dok je indon jadi petani ke, penternak ke, housewife fulltime ke, kasi beranak byk2..bengongla derang nie..masuk kandang kambing ko mengembekler.. kandang rimau ko mengaum...bodoh tuulll llaa...

    tapi xpe ida, doa byk2 agar dpt bibik baru yg lebih baik...

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)