Alhamdulillah, setelah gagal dalam permohonan untuk mengikuti kursus ini pada awal bulan April lalu (ada hikmahnya bila mak dimasukkan di hospital sebanyak dua kali, dan kami sekeluarga dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan keadaan mak selepas pembedahan), akhirnya berjaya juga dipanggil berkursus di INTENGAH hari ni selama 4 hari. Kursus yang bermula dari 23 - 26 Mei 2011 ini terpaksa aku hadiri awal sehari memandangkan perlu menguruskan hal penginapan.
Bertolak dari Melaka jam 2.30 petang dan tiba di INTENGAH jam 4.40 petang, alhamdulillah perjalanan aku lancar dan tak bermasalah. Kagum juga tengok suasana dan keadaan tempat berkursus di sini. Walaupun difahamkan institut ini adalah institut yang tertua antara institut-institut tadbiran awam yang lain, tapi masih tersergam indah dan unik.
Jom tengok gambar yang diambil pada hari pertama di sini...
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)