Dari hari Jumaat dah teringin nak makan rendang daging, tapi bezanya kali ni nak rasa rendang yang masak sendiri. Bukan yang mak masak. Setakat ni dah banyak juga lauk yang aku belajar dari mak, kali ni nak belajar masak rendang pula.
Hari Sabtu lepas bersarapan dengan suami, aku ke pasar Masjid Tanah membeli bahan-bahan untuk masak rendang. Memandangkan mak aku tak berkenan dengan kualiti daging batang pinang di situ, aku cuma membeli barang-barang basah lain macam ikan merah, sotong dan ikan selar serta sayur-sayuran. Mak suruh aku beli daging batang pinang di pasar malam hari Sabtu yang biasanya diadakan di kawasan Plaza Sungai Udang.
Lepas maghrib, aku dah mula masuk dapur sediakan bahan. Mak cuma berikan arahan apa yang nak kena sediakan dulu dan siapkan rencah rendang. Ni resepi rendang yang mak ajar....alhamdulillah, suami berselera makan dan berulang menambah nasi...
Resepi Rendang Daging Mak
750 gm - 1 kg daging batang pinang (direbus hingga empuk, guna sedikit air rebusan untuk kuah rendang)
13 biji cili padi
1 labu besar bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas
3-4 sudu rempah adabi kari ayam dan daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 kotak santan
sehelai daun kunyit
2 helai daun limau purut
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)