Semalam bawa mak jalan-jalan dan ke kedai lampu untuk uruskan bilik pengantin adik aku. Main redah je ke kedai lampu walaupun tahu peluang untuk kedai lampu dibuka hari Ahad adalah sangat rendah. Nasib baik ada juga kedai lampu yang dibuka tapi kena memandu jauh sikit la dari rumah. Kebetulan keluar dah tengahari, kami singgah makan tengahari di Restoren Nasi Ayam Penyet di Tesco Cheng Melaka sebab masing-masing dah kelaparan.
Disebabkan bawa mak sekali, adik mencari la tempat parkir yang dikhaskan untuk orang OKU, tapi yang mengecewakan, tempat parkir dipenuhi dengan kereta orang cacat hati dan jiwa. Badan dah sempurna, boleh bergerak jauh tapi otak cacat sebab menidakkan kemudahan yang Tesco sediakan khas untuk orang kurang upaya macam mak. Agaknya orang-orang macam ni anggap, tak ramai orang OKU yang keluar berjalan-jalan hari minggu macam diorunk dan hanya terperap di rumah sahaja. Herm...
Adik dengan minuman juice ice blendednye... |
AP Gado-Gado..keropok tu sedap dan rangup, makan dengan kuah kacang |
Masakan terung berlado... |
Khusyuk merasa makanan |
Makanan yang mak pesan, Asam Laksa |
Ayam penyet..sambal dia sedap! |
Air minuman saya..Green Honeydew with Peach Puree |
Bergambar dengan mak |
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)