Dah seminggu lebih menahan sakit gigi. Konon nak bertahan dari kena gi jumpa doktor gigi, sanggup beli ubat gigi colgate sensitive pro relief..herm, tak jalan juga. Pertama kali guna, memang la rasa kebas dan dah tak ngilu lagi dah. Tapi bila dah guna banyak kali, dah tak de efeknyer dah.
Bila minum air sejuk, ngilunya sampai ke dalam gusi, rasa nak pecah kepala dibuatnya. Tak boleh jadi ni. Kena jumpa doktor juga la macam ni. Haritu ada singgah sekejap di Poliklinik Ayer Keroh, tanya orang klinik waktu rawatan klinik pergigian. Jadi, aku ambil keputusan nak pergi hari ni, hari Isnin.
Lepas uruskan hal mak, baru aku gerak ke sana, nasib baik tak ramai orang. Tunggu dalam 15 minit sambil tengok rancangan Apa Chef di ruang menunggu, lepas tu sampai giliran aku. Mimpi ngeri masa kena scaling dulu masih tak hilang-hilang, trauma aku dibuatnya, heheh.....
Alhamdulillah, doktor Rina tu kata tak perlu cabut, cuma kena tampal lubang yang agak besar kat gigi bawah belah kiri aku ni. Bila dia bersihkan kaviti yang ada ditepi gigi tu, rasa ngilu sangat dan berdarah la. Aku pegang kuat tempat letak tangan, menahan sakit...boleh lak nurse suruh aku pegang sendiri tempat sedut air liur tu....dah la tengah sakit...hampeh!! Lepas dah selesai, doktor Rina pesan jangan buat apa-apa dengan gigi yang baru tampal tu sehingga dua jam.
Awal pagi tadi, aku dah hantar sms pada member opis, bagitahu yang mungkin aku akan half day hari ni sebab nak ke klinik. Tapi bila lepas selesai, sengal kat gusi dah naik ke kepala, aku tak larat nak masuk ke opis. Terus mesej bos, bagitahu hari ni nak cuti terus..nasib baik bos aku tak banyak cerita, dia kata ok je.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)