04 April 2011

Aktiviti Keluarkan Peluh

 

Oh yeah.....selesai pun mengemas / membuang pokok2 yang menjalar kat sangkar belakang bilik aku. Nasib baik ade encik suami sudi tolong mencabut pokok2 tu.....berpeluh2 jugak le kitaorunk laki bini. Sedap skit mata memandang, kalau tak....aduh! dah macam hutan rimba adenye...Mengemas dari lewat petang sehingga ke maghrib. Bila masuk ke dalam rumah dan mandi, dua-dua terlepek atas katil keletihan...hehehe...

Ni kire pra-proses mengemaskan rumah mak sebelum majlis perkahwinan adik bongsu aku la. Dia kawin bulan Jun ni, tapi bulan April belum ada buat apa-apa persiapan baik di luar mahupun di dalam rumah. Semua tertumpu pada keperluan menjaga mak selepas keluar dari hospital.

Ada juga hikmahnya encik suami ditukarkan ke Melaka. Dapatlah menolong serba sedikit persiapan kat rumah mak ni. Kalau tak, kelam kabut juga la. Mana nak jaga mak, mana nak uruskan persiapan adik aku....

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)