15 April 2011

15 April 2011

Hari ni hari kelahiran arwah Abah iaitu 15 April. Kalau arwah panjang umur, arwah akan berusia 66 tahun. Kebetulan hari lahir arwah Abah sama hari dengan Hari Melaka Bandaraya Bersejarah. Jadi, orang Melaka semuanya bercuti la. Dapat info yang famili arwah Abah di Bukit Darat ada buat kenduri doa selamat untuk arwah hari ni juga, tapi kami tak dapat lah datang, sebab masing-masing sibuk dan aku sendiri menjaga mak.

Hari ni juga pertama kali mak dapat mandi sepuas-puasnya, bukan lagi dibersihkan badan dengan kain lap towel. Kami adik beradik bantu mak bergerak masuk ke dalam bilik air, dan di situ, mak dapat mandi seluruh badan, bersyampu dan bersabun. Wangi dah mak! Mak pun hari ni satu hari cuba buang air kecil dengan ke tandas, tidak lagi dalam lampin dewasa....cuma belah malam, kena pakai juga.

Takde keje...layan anak buah
Hehehe...
Rempah ratus 4 beradik ( Kayu Manis, Bunga Cengkih, Buah Pelaga atau Pekkak dan Bunga Lawang) dan sedikit lada hitam
Persediaan nak masak sotong masak kicap untuk anak-anak buah aku
Dah siap satu lauk!
Mati air sotong dan udang untuk tomyam campur
Anis yang duduk menyempil nak tengok mak cik dia masak apa...hehe
Dicekiknyer adik...
Kakak Wani yang suka bertanya....
Bahan untuk tomyam campur
Dalam proses
Tadaa....dah siap untuk dihidang
Tambahan untuk anak-anak buah

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)