Hari ni dah dapat salinan kad nikah aku dan suami. Agak lewat skit terima kerana ada masalah di tempat cetakan kad nikah hujung bulan Disember lalu (macam yang staf JAIM bagitahu dalam panggilan telefon hari tu). Sepatutnya kad nikah ni dah boleh dapat pada awal bulan Februari lepas, tapi dah nak masuk bulan Mac baru terimanya. Takpe la...yang penting alhamdulillah, dah ada dalam simpanan kami suami isteri. Tak de la cuak nak kuar honeymoon mana-mana, nak tunjuk bukti inai di jari....herm, dah tinggal saki baki hujung kuku je...heheh...
Sekarang ni, buka wallet je, tunjukkan kad nikah, insyaAllah tak de banyak soal jawap dengan pihak penguasa agama....
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)