21 February 2011

Lawak Hantu 1 Malaysia dalam 'Sini Ada Hantu'

Hari Ahad semalam hari off suami. Aku tak kire, aku nak gi tengok wayang gak dengan dia. Dah seminggu tak jumpa, jadi hari ahad adalah hari nak ber'dating' laki bini bagi kitaorung. Dia ajak gi tengok tapak cawangan baru syarikat dia di Banda Hilir. Ok..set! Alang-alang dah sekali jalan, boleh ronda-ronda shopping complex baru bersebelahan Mahkota Parade dan berhadapan Dataran Pahlawan Megamall iaitu Hatten Square. Boleh tahan la rekabentuk dia. Kemudahan jenjantas yang menghubungkan antara ketiga-tiga bangunan banyak menyelamatkan aku dari terik matahari...huhuhu!

Tengok kat dalam laman web GSC, macam banyak citer wayang hari ahad tu. Tapi masalahnyer, semua start lambat...kul 4 lebih. Takkan aku nak tercongok depan kaunter GSC lelama...boleh koma dibuatnyer tengok budak-budak skangnyer tingkahlaku! Dah tu, aku ajak suami tengok wayang 'Sini Ada Hantu' arahan James Lee. Baca sinopsis dan review dalam suratkhabar macam best?!


Filem:
Sini Ada Hantu

Pengarah:
James Lee

Genre:
Komedi, Seram & Misteri

Klasifikasi:
PG13

Pelakon:
Alvin Wong, Baki Zainal, Beto Kusyairy, Qhaud AF, Fasha Sandha,
Pete Teo, Patrick Teoh, Eira Syazira, Kuswadinata & Ramai Lagi


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan dua orang pemandu van iaitu Ah Meng dan Bakri yang ditugaskan pada saat akhir untuk menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung dan mereka perlu memastikan mereka tiba di kampung tersebut pada keesokan harinya. Mulanya mereka menolak tetapi disebabkan upah yang lumayan membuatkan mereka bersetuju dengan tawaran tersebut.

Oleh kerana radio van mereka rosak maka mereka berdua pun bercerita tentang kisah seram bagi menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk. Dimulai dengan Bakri yang bercerita tentang kisah Hantu Pokok Pisang dan diketawakan Ah Meng kerana bagi beliau hantu melayu langsung tidak logik. Lalu Ah Meng bercerita pula tentang kehebatan hantu Cina melalui kisah Hantu Nombor Ekor.

Selepas itu, Bakri pula mempertikai cerita Ah Meng dengan mengatakan cerita hantu cina yang diceritakannya itu lagilah tak masuk akal. Lalu Bakri menceritakan pula tentang Hantu Asrama. Selepas itu van yang mereka naik berhenti di tengah jalan raya kerana mempunyai masalah enjin. Lalu mereka berdua keluar dan mengambil kesempatan tersebut untuk keluar membuang air kecil. Tiba - tiba, muncul sebuah lori kecil yang dipandu dengan laju dan melanggar si Ah Meng.

Bakri pula tidak tahu Ah Meng sebenarnya telah dilanggar kerana apabila beliau pergi ke van tersebut kelihatan Ah Meng masih ada di dalamnya. Jadi, apakah nasib si Bakri? Mampukah mereka menyelesaikan tugas mereka? Apa sebenarnya yang berlaku? Saksikan di pawagam berhampiran anda.


Sedutan kisah Hantu Pokok Pisang

>> watak Fasha yang tidak bersuara tetapi banyak bermain dengan ekspresi wajah.
>> Eira Syazira macam berlakon watak drama je...hehe


Sedutan kisah Hantu Nombor Ekor

>> Aku terkejut part tangan hantu tu keluar dari belakang tempat duduk, waktu lelaki cina tu nak ubah frekuensi radio.
>> Part anjing tu agak kejam skit ler.


Sedutan kisah Hantu Asrama

>> Watak Amin, Johan dan Man memang kelakar. Ingatkan garang dan kaki buli, sekali kena buli balik.
>> Part 'melepas' dalam plastik agak tak senonoh skit..hahaha
>> Watak Man yang keperempuanan....

Aku baca banyak blog, ramai sibuk dok rate-rate filem ni. Pada aku, tak perlu semua tu, yang penting aku sangat-sangat terhibur dengan lawak yang diselitkan dalam filem ni. Kitaorung laki bini gelak sampai tak de nafas dibuatnya. Nak-nak pulak part Ah Meng dan Bakri lepas van yang diorunk bawa keranda tu rosak dalam hutan.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)