Boleh tahan seram gak la tengok filem arahan Syamsul Yusof ni, sampai suami aku tergelak bila tengok aku menonton dari celahan jari dan sweater pink aku. Hampeh!!
Tapi ada satu dua bahagian dalam filem ni yang aku rasa tak berapa nak logik, antaranya:
a) Pencahayaan dalam ruang kerja di hospital yang gelap. Setahu aku, kat hospital terang benderang waktu malam, kalau pun bergelap, hanya waktu light off di wad pesakit...ke Syamsul Yusof nak ajar kita agar berjimat elektrik? Hehehhe...
b) Kerja kat bahagian bilik mayat, tapi pemakaian baju macam orang kerja detektif (smart2). Ape kes?
c) Waktu Johan berada di hospital selepas kemalangan terhumban ke dalam gaung, dia terjaga dan kemudian menghembuskan nafas terakhirnya....alat yang dipasang dimuka dia sekejap ada, sekejap dah takde...pelik kan?
Keseluruhan filem ni memang best dan menimbulkan rasa tak sangka bila dapat tahu punca kenapa roh Anna susah sangat nak lepaskan Johan dan selalu menghantui Johan dan keluarga dia.
Sumber gambar : Blog Syafiq Revolution
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)