22 January 2011

Jalan-jalan Di Bandar Seremban

Bosan terperap di rumah, aku ikut kakak-kakak ipar aku dan anak-anak buah keluar ke bandar Seremban petang tadi. Kakak ipar aku nak cari kedai yang boleh jahitkan saree untuk dia guna semasa makan malam syarikat dia minggu depan. Lepas selesai urusan di kedai jahit, alang-alang dah keluar, kitaorunk pun saje tinjau-tinjau kedai kaum india di sekitar kawasan tu.

Ini la minyak rambut india yang berwarna hijau yang bagus untuk melebatkan rambut. Dah lama aku cari ubat ni, baru sekarang aku jumpa dan kenal.

Macam-macam perhiasan india ada...jadi rambang mata dibuatnya.

Tuala wanita Sanita ni dulu adalah produk tuala wanita pertama aku guna waktu mula-mula datang bulan. Masa tu mana la kenal Kotex ke, Libress ke macam sekarang ni? Kelakar pulak bila diingatkan, masa beli pad Sanita ni, arwah nenek Aji siap bungkus kotak ni sebab takut budak lelaki nampak.

Bedak air jenama Happy ni aku pernah nampak kat dalam gobok rumah nenek aku. Masa darjah 5 dulu, cikgu aku pernah pakaikan aku dengan bedak ni masa pertandingan koir sekolah rendah peringkat daerah. Wangi juga bau bedak air ni. Tapi bila dah pakai, putih kulit muka macam opera cina plak..hahaha.

Bedak muka cine yang wangi....aku suke tengok rekabentuk dan gambar atas kotak bedak ni...unik!

Nampak ada gerai jual vadei, apa lagi....beli laa.....masing-masing dah lapar.

Disebabkan masih kelaparan sebab masing-masing belum makan tengahari lagi, kakak ipar aku bawak kitaorunk gi JJ Seremban 2. Masuk je JJ, terus terjah tempat makan....

Erk, makan prosperity lagi...Kali ni cuba makan burger prosperity daging plak

Kreatif jugak cara pemasaran Celcom ni, erk?

Dah penat-penat berjalan ke hulu ke hilir, cari pencuci mulut pulak...
Hehe....muka orang happy dapat makan aiskrim

Lepas jalan-jalan di JJ Seremban 2, kitaorunk ke kedai menjual haiwan peliharaan sebab kakak ipar aku nak belikan kura-kura untuk anak-anak buah aku.
Comel betul dua ekor arnab ni...lincah!
Kelakar tengok ikan ni....kembung betul pipi dia. Nama ikan ni Red Bubble Eye.
Anak-anak buah aku beli 2 ekor kura-kura kecil macam ni.....tenet-tenet je..hehehe

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)