Memula tu, memang la aku terlibat sama dengan sesi lawatan 5S ni ke TNB Melaka, tapi disebabkan bos aku tak kasi pergi, aku pun tak de la mengharap sangat dapat ikut serta member-member seopis ke TNB Melaka ni lepas waktu rehat hari Jumaat semalam.
Tapi waktu aku tengah parking kereta, bos aku telefon aku, tanya aku kat mana. Ala..dia ni pun....sabar la kejap, aku kan tengah parking kereta, kejap lagi aku masuk la ke opis, huh! Rupa-rupanya dia nak beritahu yang Pengarah aku bising-bising sebab tak ada wakil daripada unit aku yang pergi ikut lawatan 5S tu. Haaa...padan muka! Ingat aku nak pergi lawatan tu suka-suka ke?
Sebenarnya, tahun ni aku beralih arah masuk Jawatankuasa(JT) Latihan dalam Kumpulan 5S jabatan aku. Dah dekat dua tahun asyik duduk dalam JT Audit, nak juga rasa berubah angin ke JT lain ni. Dah puas jadi ketua audit dalaman jabatan dan melawat-lawat jabatan orang lain untuk buat audit. Nak dijadikan cerita, bila masuk JT Latihan ni, aku dipilih jadi setiausaha, jadi nama aku naik la bila urusetia nak buat lawatan ke TNB Melaka untuk tengok cara 5S diamalkan di sana.
Balik pada cerita awal, kirenyer bos aku secara paksa rela kena lepaskan aku ikut sama dalam lawatan petang tu. Dah nampak dari jauh, member-member 5S aku terkedek-kedek nak ke parking, aku sound diorunk naik satu kereta dengan aku ke sana. Sampai di TNB, kitaorunk di bawa ke bilik Mesyuarat Tun Sri Lanang (eh! Macam nama bilik mesyuarat kat JKMM je..hehehhe), kitaorunk diberi taklimat panjang lebar tentang amalan 5S di TNB. Agak mengagumkan la bila tengok kesungguhan diorunk menjadikan 5S tu satu amalan dan kebiasaan. Siap dapat macam-macam anugerah dari peringkat bawah sampai ke peringkat kebangsaan..pergh! Tak tercapai dek akal dibuatnya..hehehe
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)