19 January 2011

Jeruk Jambu aka Apple Kristal

Kebetulan adik aku pergi bercuti ke Cameron Highlands, dia singgah beli apple kristal aka jeruk jambu ni. Dulu dengar nama jer, skang baru dapat tengok dan rasa betul-betul. Ok la juga rasa dia, tapi aku baca blog orang lain, diorunk kata kalau yang warna merah/pink tu, lagi sedap rasanyer dari yang berwarna hijau macam yang adik aku beli ni. Ade rezeki nanti, aku nak cuba yang berwarna merah tu pulak...amin!

Gila pedas? Huh! Hehehhe......lawak la pulak nama perisa Cottage Fries ni...

Bergambar dengan adik aku yang bakal menginjak umur 26 tahun pada 21hb Januari ini. Dah makin dewasa adik aku ni walaupun pada aku, dia masih 'kecil' selama-lamanya. Kurang 4, 5 bulan lagi akan bergelar isteri orang. Sekejap je masa berlalu, dulu kecik-kecik, dia la kawan bermain dan gaduh aku...skang masing-masing dah ada kehidupan masing-masing. Aku harap sangat hubungan kami adik beradik kekal rapat walaupun selepas dah berumahtangga nanti.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)