Semalam balik dari Seremban ke Melaka, macam biasa la aku lalu jalan dalam (Seremban-Rembau-Melaka). Ramai yang tanya kenapa aku tak gunakan sahaja lebuhraya, lebih pantas dan senang. Pada aku, aku lebih suka jalan dalam lalu jalan kampung sebab tak sunyi sepanjang perjalanan aku. Aku boleh nampak orang, tengok keadaan sekeliling, takde la macam lebuhraya..lurus je dan boleh buat aku mengantuk bila memandu seorang diri.
Kalau dari Seremban, bila sampai je di simpang ni, aku dah boleh tarik nafas lega sebab dah sampai sempadan Negeri Sembilan dan Melaka.
Bila lalu jalan ni, hati aku dah mula berbunga-bunga sebab semakin dekat dengan Melaka...huhuhu
Aku suka bila lalu kawasan lintasan keretapi di Taboh Naning ni....rasa klasik sangat! Aku jadi seronok sebab tak pernah ada pengalaman naik keretapi ...
Sampai di rumah mak, rupa-rupanya mak tengah siapkan makanan tengahari...hehe, mak masak makanan kegemaran aku la nampaknya! Lemang tu aku beli di kawasan kampung di tepi exit tol Simpang Ampat, Alor Gajah. Kat situ kan popular dengan perusahaan orang Melayu macam seni kraftangan rotan dan buluh, makanan tradisional Melaka dan sudah pastinya lemang!
Lemang yang sangat sedap.....saje beli untuk mak makan. Sebatang yang bersaiz besar baru berharga RM6 sebatang. Kalau kecil sedikit, boleh dapat RM5 sebatang.
Wahhh..kegemaran aku dan mak ni! Tauhu sumbat dengan kuah cili. Aku cukup suka kuah cili yang mak buat. Sedap dan terasa bahan-bahannya. Mak ada ajar aku buat kuah cili tauhu sumbat ni, tapi bila buat, masih tak boleh tandingi keenakan kuah cili yang mak buat....
Ikan pekasam ikan loma. Makanan kegemaran mak aku sejak kebelakangan ini. Dulu memang aku satu keluarga tak makan ikan-ikan pekasam ni. Tapi sejak mak aku rasa ikan ni di rumah sedara, mak aku kemain makan ikan ni, sampai sanggup gi beli kat rumah sedara buat bekalan makan dengan nasi kosong di rumah. Aku suka juga makan ikan pekasam ni, tapi tak de la suka sangat, cuma cuit-cuit sikit untuk tambah rasa dalam pinggan.
Oh yaa....masak asam pedas ikan pari. Mak teringin nak makan ikan ni, jadi beli la 2 kabung ikan pari untuk buat asam pedas. Lauk ni pun kegemaran suami aku, jadi wajib la kena tahu masak..huhu!
Sebenarnya, pagi ahad tu sebelum balik Melaka, aku terjatuh dalam tandas di rumah mertua di Seremban. Lantai tandas tu licin sikit, dah takdir agaknya, aku tergelincir dan jatuh terduduk kat bahagian shower. Tak sempat nak berpaut kat bendul dalam tandas tu, jadi aku tergeser di dinding tandas sampai berdarah belakang lengan. Cuak juga suami dengar aku jatuh, sampai dia kelam-kabut ketuk pintu tandas tanya apa yang berlaku kat dalam. Lepas tu, dia lap-lapkan luka aku.
Malam tu, lepas sampai di Melaka, aku telefon Mak Ngah Melah aku, nak minta dia urutkan badan aku sebab aku rasa dah macam nak demam, mungkin sebab terkejut. Mak Ngah Melah bagitahu aku masa tengah urut, memang aku tengah demam urat, sebelah kiri pinggang rasa panas, yang sebelah tak ada apa-apa. Mengadui juga la aku masa kena urut tu sebab lenguh-lenguh di bahagian tulang belakang. Lepas berurut, adik aku pula minta diurutkan tangan sebab rasa sakit dari dulu.
Rupa-rupanya Comot atau Momot, kucing peliharaan Mak Ngah Melah dah bersalin 4 hari lepas. Momot dapat 3 ekor anak - 2 betina dan 1 jantan. Aku tolong adik sedara aku keluarkan anak-anak kucing Momot dari bawah katil dia sebab Momot sembunyikan anak-anak dia di situ. Seronok pula aku layan main kucing, sampai tak perasan dah lewat malam....dah dekat pukul 11 malam, baru kami bertolak balik ke rumah.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)