02 January 2011

Windows Shopping dan iCity, Shah Alam

Sabtu lepas, gi windows shopping di Mid Valley dan berjalan ke Shah Alam. Kebetulan mak mertua ada jemputan perkahwinan kawan dia di Hotel Concorde Shah Alam, jadi aku ngan kakak ipar dan anak-anak buah ikut sekali ke Shah Alam la. Pagi-pagi tu, bergerak dari Seremban dan singgah dahulu di The Mines tempat kerja suami sebab nak tukar kereta dengan dia. Kereta aku park sama aras dengan kereta suami.

Nak terus ke rumah sedara mertua di Shah Alam macam awal sangat la pula. Jadi kakak ipar aku bawa kami ke Mid Valley untuk cuci-cuci mata Megasales yang berbaki 2 hari jer tu. Lepas parking di bawah The Gardens Mall, kitaorunk pun jalan-jalan dulu dalam tu sebelum ke Mid Valley di bangunan bersebelahan.

Terpegun tengok dekorasi menarik dalam The Gardens Mall

Keluar dari bangunan The Gardens Mall, layan tengok air pancut

Menuju pula ke dalam bangunan Mid Valley

Di ruang legar utama, ada dekorasi sempena Christmas, macam-macam permainan dan anak patung bersaiz gergasi diletak di situ. Ramai betul orang yang mengambil peluang bergambar, termasuk la aku..hehehe!

Meriah kan? Orang dewasa pun boleh bertukar jadi macam kanak-kanak bila dikelilingi anak-anak patung sebanyak ni....

Lepas dah penat berjalan dan makan tengahari di aras atas Mid Valley, kitaorunk pun bertolak ke Seksyen 9, Shah Alam ke rumah sedara mertua. Sebenarnya, masuk kali ni, dah dua kali aku jejak kaki di sini, cuma masih belum cam jalan lagi....nak kena menghafal jalan, sebab tak mahir lagi jalan dari lebuh raya ke exit Shah Alam ni.

Berbual hampir dua jam sambil tunggu hujan lebat berhenti, macam-macam dibualkan. Lepas tu, aku solat jamak takdim. Lepas solat tu, kakak ipar aku pelawa ikut mereka ke Plaza Shah Alam sebab nak cari baju yang sesuai ke majlis khas syarikat dia tak lama lagi. Tapi tak beli pun, kitaorunk banyak jalan-jalan sekeliling Plaza Shah Alam tu.

Sedang mengekori kakak ipar ke kereta...nak berjalan-jalan di Plaza Shah Alam pula.
Baru pertama kali jejak kaki di sini.
Hiasan dekorasi Krismas, tapi tak semeriah di Mid Valley...simple jer!

Bila terasa perut lapar, apa lagi...terus cari kedai makan la. Kakak ipar aku memilih nak makan di Hot & Roll. Menarik juga cara diorunk sediakan makanan Sweet Crispy Crunchy Peanut...aku sempat ambik beberapa gambar masa diorunk tengah sediakan makanan tu...

Tapi, aku teringin sangat nak makan benda masam-masam, jadi aku pun beli benda ni kat kedai sebelah Hot & Roll tu...herm, nyum nyum! Terliur betul nak makan benda masam-masam waktu ni...

Balik dari Plaza Shah Alam, aku terus bersiap-siap nak ke iCity Shah Alam yang terletak berdekatan UiTM Shah Alam. Lepas hantar mertua dan kakak ipar sulung aku ke Hotel Concorde, kakak ipar aku yang sorung lagi ambik kami (aku ,anak2 buah dan anak sedara mertua) untuk ke iCity lepas waktu maghrib.

Ada gambar yang menjadi, ada yang gelap je..hehehe! Nasib la guna kamera hp Nokia E72 aku ni. Banyak lagi gambar yang aku ambik, tapi tak larat la pula nak upload kesemuanya di sini..huhu.

Masa nak balik ke Seremban, singgah dulu ke The Mines untuk ambik suami. Aku balik dengan suami dengan kereta MyVi aku, manakala yang lain balik dengan kereta MyVi suami aku. Dapatlah aku bermanja dengan suami sekejap dalam kereta. Memandangkan kat rumah mertua tak masak apa-apa, aku ajak suami pergi makan malam di restoran A&W Seremban. Agak lewat juga kami sampai di A&W, hampir 12 tengah malam. Lepas makan, terus balik ke rumah, masuk tidur pun dah lewat, hampir 1 pagi......penatnyer!

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)