05 January 2011

Saguhati & Muhasabah Diri

Semalam dapat khabar gembira, kelab Sukan dan Kebajikan jabatan menghadiahkan aku saguhati berupa wang sempena perkahwinan, alhamdulillah! Murah rezeki juga la kebelakangan ini. Kebetulan memang ada hal nak guna duit sebanyak tu sebab aku ada minta saudara yang ke Mesir beberapa minggu lepas untuk belikan herba/buah hawa@adam di sana. Syukur rezeki tak putus-putus selepas kahwin ni...

Semalam sehari suntuk aku ke site untuk uruskan hal kerja unit aku. Berhenti sekejap kul satu lebih untuk solat di surau perempuan site tu. Sementara membersihkan diri, aku sempat jenguk ke ruang tazkirah surau tu. Tertarik dengan ruang tazkirah tu, ni aku ada ambil gambar untuk tatapan kita semua.
Doa Pendinding Diri yang wajib diamalkan, lebih elok kalau difahami terjemahannya...

Ayat muhasabah diri ni betul-betul meresapi hati dan sanubari aku bila membacanya. Kenyataan kehidupan yang kita kena ingat setiap masa, bukan setakat diingati bila kita berada dalam kesusahan atau ditimpa malapetaka.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)