02 August 2009

Sweet Valley University

Dulu-dulu aku selalu terfikir, wujud ke watak Jessica dan Elizabeth Wakefield dalam dunia sebenar? Maksud aku, kembar yang selalu menghiasi semua muka depan novel SVU tu? Masa tu pula, mana lah ade internet nak buat research?

Bila terjumpa semula novel SVU kat almari lama aku tu, baru aku tergerak hati nak selidik. Jumpa pula tu! Jom aku kongsikan apa yang aku jumpa dalam internet pasal pasangan kembar Cynthia dan Brittany Daniel ni.

Brittany ni tua 5 minit dari kembarnya Cynthia. Tapi, Cynthia yang kawin dulu (tahun 2006) dan dah ada 2 orang anak lelaki sekarang. Brittany masih solo. Kalau ikutkan, kembar ni dah berusia 33 tahun.

Dalam SVU, watak Elizabeth Wakefiled dibawa oleh Cynthia Daniel manakala watak Jessica Wakefield pula oleh Brittany Daniel. Melalui pengalaman aku, watak Elizabeth atau Lizzie lebih tegas dan serius berbanding watak Jessica atau lebih dikenali sebagai Jess yang gila-gila dan happy-go-lucky.

Inilah wajah penulis novel SVU iaitu Francine Pascal.

Rupa-rupanya sekarang ni dah ada pengganti watak kembar SVU nih. Namanya Leven Rambin. Baru berusia 19 tahun.Tetapi dia terpaksa bawa dua watak tu sekaligus kerana dalam kehidupan sebenar, Leven Rambin tiada adik beradik kembar!

Tapi aku tetap setia pada Lizzie dan Jess yang lama.....sangat cantik!

2 comments:

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)