10 July 2009

Natrah: Tinggal Sejarah

Natrah meninggal dunia di Belanda


NATRAH bersama suaminya, Mansor Adabi pada 1950.


KUALA LUMPUR – Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda semalam.

Menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd. Taib menerusi e-mel kepada Bernama semalam, Natrah meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun.

Natrah menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Natrah ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin dan Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Sumber Berita: Kosmo (10/07/09)

Seminggu lepas, aku terbaca di akhbar pasal Karyawan nak adakan suatu teater tentang Natrah, nak cerita semula kisah hidup dia untuk tatapan generasi zaman sekarang. Dan ada ura-ura nak jemput Natrah datang ke Malaysia, lebih kurang macam jemputan khas la. Nampaknya, harapan tinggal harapan.

Buka saje laman web Kosmo pagi ni (10/07/09), aku tersentak membaca artikel kematian Natrah akibat leukimia. Malangnya tidak ditunjuk gambar terkini Natrah. Iya lah, kita asyik dihidangkan gambar2 dia semasa kecil dan ketika Rusuhan Natrah berlaku. Wajah masa muda jika dibandingkan dengan wajah masa kini manalah sama kan?

Teringat lagi, aku cukup suka baca artikel tentang kisah hidup dia yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat dulu. Berulang-ulang kali aku baca, tak pernah jemu. Dalam majalah tu, ada ditunjukkan wajah Natrah pada usia 40-an kalau tak silap aku. Badan dia pun dah berisi, dan ada keluarga sendiri. Sebenarnya ada kontroversi disebalik artikel tu. Seingat aku, penulis majalah tersebut ada menghadiahkan sepasang baju kurung pada Natrah dan menjemput dia datang ke Malaysia bertemu Mansor Adabi. Pada mulanya, dia setuju dan menunjukkan minat.

Tapi, bila penulis2 majalah tu pulang ke Malaysia, Natrah membuat cerita pada akhbar dan media massa di sana, dengan menyatakan orang Malaysia nak ajak dia masuk Islam balik dengan menghadiahkan baju kurung tu. Sentap jugak la penulis majalah tu bila niat dia disalahertikan oleh Natrah. Selepas tu, tidak ada lagi artikel perkembangan atau susulan kisah hidup Natrah dipaparkan di mana-mana media cetak Malaysia.

(Sila betulkan pemahaman saya, kalau ada yang rasa saya salah. Ye la..saya bercakap atas pengalaman saya ketika membaca artikel tu dulu)

Yang aku kesal ni, majalah tu dah dibuang masa mengemas rumah dulu. Kalau masih ada, boleh gak ditempekkan kat blog ni. Herm...

2 comments:

  1. Ida, dis is why i love 2 read ur writings,..penuh ilmiah,..keep it up sis!!

    ReplyDelete
  2. takde apa yang ilmiah sangat la cik mawar.....cuma cebisan pendapat saya ni...huhu...jangan lupa singgah selalu ye!
    how's your baby? sihat ye?
    baru tengok gambar preggy cik mawar semlm....kiut!

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)