Hamil selepas berenang di kolam
WARSAW - Seorang wanita Poland bertindak menyaman sebuah hotel di Mesir setelah mendakwa anak gadisnya hamil selepas menggunakan kolam renang di hotel berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita itu, Magdalena Kwiatkowska meminta ganti rugi kerana anak perempuannya yang berumur 13 tahun hamil akibat sperma yang berkeliaran dalam kolam renang.
"Ibu remaja itu yakin anaknya tidak mengadakan hubungan seks dengan lelaki ketika berada di Mesir.
"Dia bertekad untuk meneruskan saman tersebut," kata satu sumber industri pelancongan.
Pihak berkuasa pelancongan di Warsaw, Poland mengesahkan menerima aduan ganjil itu. - Agensi
Pergh..kes bahaya ni. Sperma berkeliaran dalam kolam renang? Adakah kes masturbasi dalam air telah berlaku? Isk...konfem lepas ni org perempuan seriau nak masuk kolam renang kat hotel2 erk....hehehe....tak pasal2 mengandung tanpa suami. Kan bahaya tu?
Bayi dalam perut buat isyarat V
LONDON - Caroline Barnes yang bakal menjadi ibu terkejut apabila mendapati anak dalam kandungannya membuat isyarat keamanan atau V ketika dia membuat imbasan di sebuah hospital, lapor sebuah akhbar semalam.
Ibu yang berumur 35 tahun dari Dulwich, tenggara London itu berkata: "Seorang jururawat tidak dapat menahan ketawa. Bayi itu memberi isyarat V sepanjang tempoh imbasan itu dibuat."
|
|
Isyarat itu pernah dibuat oleh Winston Churchill yang turut membawa maksud kemenangan ketika beliau menjadi Perdana Menteri Britain pada era Perang Dunia Kedua.
Tunang Caroline iaitu Dave Wright berkata: "Kami tidak kisah apakah jantina anak kami. Namun kami perlu mengajarnya beberapa tingkah laku yang baik." - Agensi
Kui kui kui.....bayi dalam perut pun dah pandai buat tanda 'peace'. Agaknya dia nak bagitau satu dunia..."Peace, No war"....heheheh.
Sib baik bayi tu tak buat isyarat Jari Tengah waktu kena scan.....kui kui kui....mau kena babab kuar nanti.Kan?
Sumber Berita: Kosmo (10/07/09)
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)