20 July 2009

Adik Telah Tiada

Aku menangis dan terus menangis.
Mak telefon hp aku pagi tadi (10.18 pagi), beritahu yang Adik dah mati.
Dilanggar motorsikal di hadapan rumah.
Aku tak sanggup bayangkan kesakitan dan penyiksaan yang Adik terpaksa tanggung masa dilanggar.

Semasa mak telefon, aku dalam mesyuarat.
Tergamam aku. Tiba-tiba jiwa aku jadi kosong.
Adik yang selalu bermanja dan menghiburkan hati aku telah tiada lagi.
Siapa lagi yang akan tunggu aku setiap kali aku tiba dari pejabat?
Siapa lagi yang nak temankan aku tutup pintu pagar selepas parkir kereta?
Siapa lagi yang nak lari bersilang-silang depan kaki aku setiap kali aku bawa plastik makanan kucing keluar dari almari coklat tu?
Siapa.....?

Tapi, aku bersyukur kerana aku sempat memberi makanan terakhir Adik sebelum pergi kerja pagi tadi.
Sekurang-kurangnya aku tak terkilan tak dapat beri Adik makan sebelum dia mati.
Malam tadi Adik manja sangat dengan aku.
Mungkin ke dia dapat rasakan dia nak pergi meninggalkan aku?

Lagu dedikasi untuk Adik...

Every step I take
Every move I make
Every single day
Everytime I pray
I'll be missing you

Thinking of the day
When you went away
What a life to take
What a bond to break
I'll be missing you

Aku terus menangis dan menangis.

Selamat jalan Adik.
6 bulan 23 hari menjagamu, kau mengajarku erti setia dan dihargai.
Adik sentiasa di hatiku.

2 comments:

  1. so sorry to hear that ida..bersabar yek..cherish d happy moments:)

    ReplyDelete
  2. huhu..adik...rindu adik...sempat aku juper adik sehari sebelum die mati...malam sblm die mati aku cium2 kepala dier..main perut dier.. pandai lawan da...adik gigit tgn aku balik..hua!!!! rindu adik..dier yang paling aktif antara sumer..aku da bayangkan dier besar mcm uncle dier..tapi tak kesampaian..huhu...

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)