22 July 2009

Selasa Yang Menggembirakan

Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan

Pagi tadi mcm biasa aku cuba semak keputusan peperiksaan undang2 yang aku sudah ambil pada bulan April yang lalu. Selalu kalau semak, asyik kuar "nama anda tiada dalam pengkalan data". Tensen aku dibuatnya, berzaman tunggu bila la keputusan nak keluar.

Sekali, hari ni dah diumumkan keputusan peperiksaan. Berdebar2 juga la, kalau lulus, alhamdulillah. Kalau kandas, kena hadir peperiksaan sekali lagi bulan Oktober ni. Dah tu kena la bergelumang balik dengan kitab2 yang sangat tebal2 tu. Huh!

Bila klik, alhamdulillah.......rezeki aku lulus peperiksaan ni dengan sekali percubaan je. Ramai juga member2 aku yang dah masuk 5 kali cuba, kali ke-6 baru lulus. Sebab tu aku agak risau juga. Jadi sekarang, tunggu Induksi Umum dan juga BTN untuk pengesahan jawatan.

Bengkel Penilaian HILRA Agensi Sektor Awam Tahun 2009 di Putrajaya

Semalam aku dan rakan kerja ditugaskan ke Putrajaya untuk menghadiri bengkel tersebut. Gerak dari besmen pejabat kul 7 pagi. Sumpah...memang aku serik nak naik kenderaan rasmi dengan driver tu. Giler laju.

Kalau dia bawa Innova atau Merc, aku sanggup lagi. Ni dia bantai lenjan Wira Auto kat lebuh raya sampai 180km/j. Pergh....Aku yang duduk depan dah kecut perut dah. Aku punya baca doa sampai dah naik kebas terkumat-kamit. Kalaulah terbabas, mmg tak leh bayangkan lah apa akan terjadi.

Aku sms Kak As kat belakang, ngadu kecut perut driver tu bawa laju. Kak As pun kata mmg laju. Aku dah pandang belah kiri je, tak berani nak pandang depan. Aku rasa driver ni kaki rempit la. Jahanam kenderaan rasmi kalau dapat driver macam ni.

Herm, anyway....bengkel ni memang menarik! Dari zero kepada hero aku jadinya. Dari tak tahu apa-apa, sekarang aku tahu la naper jabatan aku bermati-matian (hehe..ye ye je la) nak wujudkan polisi dan dasar keselamatan ICT kami sendiri. Dan tak lupa juga, kami dibekalkan dengan 'kerja rumah' untuk dibawa balik dan disiapkan dalam masa dua (2) bulan sebelum dihantar untuk di nilai oleh pihak MAMPU. Muahaha.....*gelak jahat*

6 comments:

  1. MAMPU tuh apa hah? si Batik Lusuh? kehkehkeh, kalau tambah S macamana kat hjung? MAMPU stand for?kehkehkehekh

    ReplyDelete
  2. MAMPU = Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia atau Malaysia Administrative Modernisation and Management Planning Unit

    itu pun ko tak tahu ke safidul amar? buat malu je jadi org IT kalau unit paling penting ni ko tak kenal.....manalah jabatan ko nak maju...adoii, kesian betul!

    wei..baik ko join MBMB bapak ko tu jer la...buat malu kaum jer! apa daa....

    ReplyDelete
  3. gua dah lama tahu dah, jangan la macam bagus sangat. cepat sangat melatah!!! macam BN&UMNO nak maju kalau ada orang macam kau ni.....

    ReplyDelete
  4. bukan nak berlagak macam bagus sgt...ko pun sama melenting...kata diri ko tu "x makan dek kejian"...ni baru gurau2 skit..dah sentap....malam td tak dapat ek? wakakkakakka

    ReplyDelete
  5. sangat bagus!! bila masa aku melenting? kau main cakap je, baru tegur sikit dah fikir lain.....emo la kau ni...

    ReplyDelete
  6. safidul amar oi....

    mn ade aku main cakap je?betul apa?
    amar yg sangat emo....sejak kawin ni..wakakka

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)