Memang dia tak berubah mcm dulu.
Tetap tak berubah.
Mungkin salah aku sebab mengharapkan dia berubah bila dah lama tak berhubung dan lepas gaduh besar dengan dia dulu.
Sikap dia buatkan aku makin kecewa dan putus asa.
Mungkin aku dan dia akan terus kekal begini.
Makin dingin dan terus dingin.
Aku tahu gelak dia tak ikhlas.
Jelas canggung.
Dia cuba sembunyikan perasaan dia dengan gelak bersahaja, tapi aku tak rasa dia tenang.
Mula perbualan, dia cuba cungkil apa perkembangan diri aku.
Aku cuma jawap sepatah.
Dia tanya apa status aku sekarang. Aku jawap biasa je.
Dia tanya, masih dengan orang tu lagi ke?
Aku mengiyakan je.
Dia soal " Serius ke dengan orang tu?"
Aku akuinya juga, dan kata insyaAllah akan bertunang lepas raya tahun ni.
Mulai tika itu, dia bersikap janggal.
Mungkin ke dia mengharapkan aku masih ada rasa untuk dia?
Kalau pun ya, hati aku berbisik.....Kau dah terlambat.
Sikap kau yang suka main tarik tali membuatkan aku merasa jauh hati.
Kalaulah kau luahkan awal-awal apa perasaan kau pada aku, mungkin semua ini tidak akan berlaku.
Kalaupun kau tak berminat dengan aku (aku tahu kekurangan diri aku),
Aku boleh terima dan faham.
Tak perlulah aku dibuai perasaan dengan layanan kau dulu.
Dan bataskan perhubungan kita setakat kawan.
Dan tak terlalu mengharapkan kau.
Aku tak tahu dari mana aku dapat kekuatan berhadapan dengan kau kali ini.
Hati aku tak terlalu berdebar-debar lagi setiap kali suara kau menyapa telingaku.
Tapi, malam tadi kau ulang semula benda yang aku lama cuba lupakan.
Mungkin kau fikir aku masih macam dulu.
Kau mengacah-acah aku dengan soalan yang sama.
Mual.
Aku jadi mual bila kau cuba tarik perhatian aku dengan soalan-soalan seperti itu.
Ternyata kau tak boleh lupakan apa yang kita pernah lalui dulu.
Kalau kau fikir aku akan tunduk pada kehendak kau, kau silap.
Aku yang kau kenal selama ni, dah lama lupakan semua itu.
Harapan yang aku semaikan dalam perhubungan kita dah lama aku simbah dengan racun dan benih kebencian.
Aku tak ingin ia muncul apatah lagi tumbuh dalam diri aku.
Saat dengar kau tergelak seakan ingin menyakiti hati aku, aku rasa seperti ingin menjerit.
Jeritkan sekuat hati yang aku benci kau.
Jerit yang aku nak kau berambus dari hidup aku.
Jangan pernah terfikir untuk kembali menghantui aku.
Aku nak jerit pada kau.
Kau bukan muda lagi nak mempermainkan hati perempuan.
Umur kau dah makin tua.
Tahun ni genap 30 tahun.
Apa yang kau nak tunggu lagi?
Seseorang yang sempurna segalanya untuk diri kau?
Layak ke kau untuk dapat semua itu?
Atau pun kau cuba sembunyikan yang kau ini gay?
Aku nak saksikan apa kesudahan sandiwara yang kau cipta ini.
Aku nak tengok sama ada kau masih mampu tertawa lepas ini.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)