05 May 2009

Maafkan Aku, Ibu

Topik Sinar Pagi di Sinar.FM pagi tadi betul-betul mengusik perasaan aku tika memandu ke tempat kerja. Tajuk "Maafkan Aku, Ibu" sempena Hari Ibu tak lama lagi, membuatkan aku meleleh airmata sorunk-sorunk dalam kereta.

Macam-macam kisah yang pendengar ceritakan pada K.E dan Krill, ada yang menyesal akibat mengecewakan hati arwah mak sebab tak belajar elok-elok masa muda dulu, luahan anak 12 tahun terlalu rindukan mak dia yang dah berpisah dengan ayah budak tu dan banyak lagi. Tapi cerita dua pemanggil yang aku tulis ni memang betul-betul buat aku menangis. Sayu betul dibuatnya.

Aku memang tak boleh dengar cerita-cerita sedih terutamanya melibatkan mak/ibu/umi ni. Teringat posting thread yang aku pernah buat dalam blog lama aku..meh aku tempek kan...

Mak la insan yg paling penting dlm hidup ida. Ida nak mak tgk anak mak nih terima segulung ijazah atas hasil titik peluh mak membesarkan ida selama nih.

I used to make my mom cry because of myself. Degil. Suka melawan. Kurang ajar. Tak dengar cakap. Menyusahkan. Itulah sikap anak mak yg ke-5 nih. Tapi, kalaulah mak tahu.....ida lah anak mak yg paling sayang mak ! Org kata.....anak yg paling teruk dlm keluarga selalunya anak yg paling sygkan mak.....I admitted that ! Kalaulah mak tahu, antara Along, Bangah, Alang, Ateh dan Anur......Ida ni anak mak yg paling takut kehilangan mak suatu hari nanti,,,hilang tempat ngadu, tempat menumpang kasih...terasa jauh sgt bezanya kasih sayang adik beradik dengan kasih sayang seorang mak.

Kalau adik beradik selisih faham dengan kita, dendamnyer mungkin lama.....tapi, kalau dengan mak, dendamnya tak lama....kemaafan sentiasa hadir walaupun hati mak terluka. Biarlah ida habiskan masa bersama2 mak selama mungkin....selagi Allah tak tarik lagi nafas mak. Nak bermanja ngan mak puas2. Nak dengar leteran mak sepuas2nya. Nak dengar gelak tawa mak puas2. Nak peluk dan cium mak puas2. Nak layan karenah mak puas2.

** Teringat kata2 mak teh......"biarpun 5 dr 6 org anak berjaya dalam hidup dan hidup senang, anak yg paling bodoh dan tak dibanggakan lah yang akan kemas berak kencing mak dia yg seorang tu masa tua nanti.....bukan anak2 yg berjaya tu!!" - Ida nak jadi anak yg seorang tu.....

Sepanjang hidup aku di muka bumi ini, seingat aku, aku pernah dua kali buat mak menangis kegembiraan:-

1) Masa telefon mak nak bagitahu aku lulus peperiksaan akhir semester dan dapat 3 Anugerah Dekan.
2) Masa dapat keputusan posting (penempatan) kerja aku sekarang. Masa tu aku di Putrajaya.

Menangis sebab perangai aku? Banyak kali.

Aku masih ingat gelak tawa mak masa aku buat lawak pasal abah aku. Masa tu kitaorunk dalam kereta. Itulah pertama kali aku tengok mak aku gelak besar. Gelak besar yang spontan. I've made it. Aku dah berjaya buat mak aku gelak dengan lawak aku.

Untuk mak, ida sanggup jadi penglipur lara (pelawak) untuk seumur hidup ida...

1 comment:

  1. AIYARK!!!

    huh!!! baru ni balik Kl... tetiba teringat sampai tulis kat blog haziq amirul haq...

    u know what...

    "mak, buat kan kueh apam!!!"

    "mak buat lah karipap..."

    terus mak buat...

    tapi... bila mak mintak

    "along amik kat mak ubat"
    saya jawab...
    "mak jangan mengada... mementang pakai kaki palsu nak mengada pulak.. ambil sendiri..belajar berdikari"

    kesimpulan...

    walaupun saya sebagai anak selalu buat jahat... tapi dia sebagai emak... saya teringin nak makan apam resepi mak sendiri... sikit pun dia tak mengeluh!!!!

    jahat nye aku...

    sempena hari ibu... dan selagi dia masih ada...

    cemana eh nak tunjuk kasih sayang kat dia...

    MALU LAH....(ego menguasai diri)

    hei batik pink... y u came out with this topic!!!

    and so sudden....crying!!!

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)