Lepas dapat green light dari bos unit aku untuk balik awal skit dan gerak awal ke PD, aku pun memang dah tak hingat apa dah. Kerja opis tetap aku siapkan, tapi dalam otak dah terbayang PD dah. Aku, Liah, Mira dan Ita dah setuju nak berkonvoi dua kereta ke sana guna jalan lama. Jalan lama maksudnya ke PD melalui Masjid Tanah - Kuala Sungai Baru - Teluk Kemang tanpa tempuh tol bagainyer tu. Kire jimatlah sikit duit belanja aku.
Lepas balik umah jap jengah mak aku, mandi, tukar baju blause, makan, bla bla bla....aku pun tunggu diorunk kat depan Taman Pertanian Sungai Udang. Dalam pukul 3.30 petang, baru kitaorunk gerak ke PD. Pertengahan jalan, kitaorunk sempat singgah Expo Pertandingan Memancing kat Telok Gong, aku sempat sambar 2 helai tudung dan brooch2 untuk diri sendiri. Alhamdulillah, walaupun langit dah mendung giler, sehingga ke PD perjalanan aku lancar dan selamat.
Erk: Selingan gambar tudung yang beli kat Telok Gong tu....Sampai kat hotel, kitaorunk gi jumpa person-in-charge sebab nak serahkan baki pembayaran hotel. Masa berurusan dengan kakak hotel tu (aku x tahu nama dia..ngengenge, terkejut giler aku bile tengok Ita kuarkan RM14K tunai duit sponsor dari wallet dia, perghh.....sempoi giler dia bawak duit banyak-banyak tu dengan naik kete kancil Liah. Liah cakap, lepas kuarkan duit tu dari bank, diorunk siap bleh gi shopping kat Giant selamba badak je dengan duit sebanyak tu dalam wallet.
Akak hotel tu suh kitaorunk makan dinner terus kat tempat makan hotel tu. Pergh...bestnyer, tak yah nak fikir nak makan mana malam tu sebab kalau ikutkan jadual aktiviti Family Day kitaorunk, tak disediakan makan malam pada malam pertama disitu. Lagipun, ikutkan pengalaman staf-staf yang pernah menginap kat hotel Corus tu, once dah kuar dari parking sebelah malam, memang tak akan dapat parking kat tempat yang senonoh, sebab dah diambil oleh orang lain. Lepas makan, masa gi bilik pengurusan hotel nak ambil resit pembayaran, akak tu hadiahkan kitaorunk sorunk satu baju T dan pen sebagai cenderahati untuk kitaorunk berempat. Best! Kitaorunk siap rancang nak pakai baju tu masa sukaneka pagi sabtu tu nanti.
Dapat jer kunci bilik dari kaunter, terus kitaorunk gi bawak luggage memasing ke atas. Ok la jugak bilik dia. Selesa. Dapat pulak bilik yang betul-betul menghadap pemandangan pantai. Puas hati la. Sebelum lewat petang, akak hotel tu bawak kitaorunk melawat bilik-bilik yang bakal kitaorunk gunakan sepanjang di hotel tu.
Malam tu, lebih kurang pukul 10 lebih, diadakan aktiviti Kotak Beracun (sepatutnya start pukul 9 malam, tapi ramai tak sampai lagi - kebetulan malam tu hujan lebat giler, diorunk bawak slow2). Memang fun la masa tu, kitaorunk dok bantai gelak siapa-siapa yang terkena time kotak beracun tu sampai pada diorunk. Masing-masing sporting bile kena torture nyanyi ramai-ramai lagu rakyat/ lagu tradisional zaman budak-budak dulu.Lepas aktiviti Kotak Beracun tu, kitaorunk kuar reramai jalan-jalan-cari-makan kat waterfront PD. Agenda lain adalah nak mencari port karaoke untuk lepas gian.Huhuhu....
Sabtu tu, kitaorunk ada aktiviti sukaneka dengan staf opis dan ahli keluarga masing-masing. Aku jadi urusetia ngan budak-budak bujang nih. Aku hanya sempat join pertandingan Explorerace yang digantikan dengan Lumba lari dengan mata bertutup berkumpulan. Hadiah kemain besar.
Huhuhu...Lepas sukaneka, sementara tunggu waktu lunch, kitaorunk layan berendam dalam kolam reramai. Kebetulan musim sekolah, kemain ramai budak2 dan famili yang sama-sama berendam kat dalam kolam tu. Mamat india yang jaga kolam tu siap tiup wisel suh kitaorunk jangan masuk kolam yang paling dalam tu, dengan alasan berpakaian t-shirt. Budus....disebabkan kitaorunk ni jenis selamba badak dan tak makan saman..kitaorunk gelakkan je mamat india tu, dan still masuk kolam yang dalam tu. Pedulik hape aku? Ko nak aku berbikini baru boleh masuk kolam tu ke?? Mimpi sampai kiamat la aku tak akan ikut peraturan budus ko tu! Kitaorunk dah bayar, so, kitaorunk leh buat apa kitaorunk punya suka.....budus!
Petang tu, aku join kumpulan aku (kumpulan 3) untuk rehearsel persembahan malam nanti. Kumpulan aku buat aksi lakonan semula cerita Pendekar Bujang Lapok, dan cuba teka aku bawak watak siapa? heheheh........sila tengok gambar di bawah.
Malam tu masa acara makan malam Barbeque, ade la puak-puak yang suka spoil plan dah rancang reramai nak boikot acara Persembahan Berkumpulan. Bila disuruh vote sapa nak persembahan berkumpulan berkumpulan diteruskan, out of all hanya 3-4 orang je nak, so kesimpulannya...mmg tak jadi la! Terkilan pun terkilan la jugak sebab petang tu dah sehabis baik rehearsal ngan ahli kumpulan. Habis je acara, dah lewat malam, budak-budak ni pakat nak gi karaoke kat luar. Disebabkan tak tahu nak buat apa kat bilik kecuali buat gaya bintang atas katil sambil berselubung dengan selimut, aku pun join la diorunk. Pusat karaoke mana ntah...macam haram je. Enough to say, taubat aku tak mo masuk tempat-tempat macam tu lagi. It's so not me.
Hari ketiganya iaitu hari terakhir kitaorunk kat PD, pagi tu lepas sarapan pagi, adalah aktiviti riadah dengan maksud lain, suka-hati-mak-tiri-bapak-kau la nak buat apa pun. Kitaorunk lepas makan, terus naik pastu tido balik, sebab masih ngantuk balik hampir pukul 2 pagi malam tadi. Tepat kul 12, mengelumpur bangun, packing barang, pastu terus check-out. Balik ke Melaka pun berkonvoi gak, ada la dalam 4 buah kereta. Singgah jap kat expo tepi pantai PD, shopping itu ini skit pastu teruskan perjalanan. Sampai kawasan kampung Teluk Kemang, singgah makan tengahari kat kedai makcik 'loud speaker'...hehhehe.....nape aku cakap macam tu? Sebab sepanjang kitaorunk makan kat situ, makcik tu anak beranak kalau bercakap, jenis bercakap x leh guna suara normal mode.....berdiri sebelah-sebelah pun , dia laungkan suara dia macam anak dia tu duduk 5km jauhnye. Pergh......terkujat-kujat kitaorunk masa tengah makan tu bile dengar diorunk berbual. Tapi, menu kat kedai tu memang best dan murah, aku order air kelapa muda ngan nasi goreng ayam.
Pas abis makan, kitaorunk pun terus la balik ke Melaka ikut jalan lama gak. Nasib baik tak berapa sibuk sangat jalan tu.
Sekian....heheheh.....
p/s: hah....ariel, aku dah update blog aku nih. Adakah anda berpuas hati? Kemain ko erk...aku lambat skit update blog aku ni, ko siap anta sms suh update dan-dan tu gak ek?
p/s: sila abaikan tarikh pada semua gambar tu.....member lupa nak set balik tarikh kamera dia. Peace!
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)