Dr. Mahathir bakal sertai semula UMNO
KUALA LUMPUR 28 Mac - Kehadiran bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Merdeka petang ini mengejutkan para perwakilan UMNO yang sedang khusyuk mengikuti sesi penggulungan oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
Beliau dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali muncul pada pukul 12.30 tengah hari ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menyampaikan ucapan penggulungan perhimpunan agung parti ke-59 di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Muhyiddin yang menyedari kehadiran Dr. Mahathir dan isteri terus mengucapkan selamat datang kepada kedua-duanya.
Para perwakilan yang kelihatan terkejut, terus bangun sambil memberikan tepukan gemuruh kepada negarawan ulung itu.
Dari pentas utama, Muhyiddin mendongak ke atas seraya meluahkan harapannya untuk melihat bekas Perdana Menteri itu kembali ke pangkuan UMNO.
Dr. Mahathir pula menganggukkan kepala bagaikan bersetuju.
''Kehadiran Tun berdua merupakan pengiktirafan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan pimpinan baru parti, terima kasih Tun,'' kata Muhyiddin.
Selepas majlis penutupan Perhimpunan Agung UMNO berakhir, Dr. Mahathir kemudian naik ke pentas dan bersalam-salaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Ahli-ahli MT.
Ahli-ahli MT yang lain turut bersalaman dan memeluk bekas Perdana Menteri itu.
Beliau kemudian menjulang tangan bersama-sama Abdullah, Najib dan Muhyiddin.
Sementara itu di luar Dewan Merdeka, orang ramai berasak-asak mengerumuni Dr. Mahathir dan Siti Hasmah untuk bersalaman sewaktu kedua-duanya berjalan menuju ke kereta.
Sebahagiannya kelihatan mengesat air mata kerana terharu dan sebak dengan kehadiran bekas Perdana Menteri walaupun sebelum ini, beliau menegaskan tidak akan menghadiri majlis tersebut.
Dr. Mahathir yang ditemui pemberita selepas majlis itu mengesahkan beliau akan menyertai semula UMNO.
Menurutnya, tarikh untuknya berbuat demikian akan diumumkan pada satu masa sesuai 'selepas beberapa perkembangan'.
''Saya kena isi borang, lambat sikit. Saya akan beritahu kemudian,''katanya.
Pada 19 Mei tahun lalu, Dr Mahathir dalam satu ceramah di Alor Setar mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.
Ditanya mengapa beliau menghadiri persidangan berkenaan selepas memutuskan untuk tidak berbuat demikian, Dr. Mahathir berkata, pemilihan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden telah memberi keyakinan kepadanya bahawa perubahan yang diharapkan akan berlaku.
''Pasal itu, pemilihan Muhyiddin meyakinkan saya ada perubahan," katanya.
Beliau juga tidak menolak bahawa barisan kepimpinan baru UMNO memberi gambaran baik bahawa parti itu akan berubah ke tahap yang lebih cemerlang berbanding sebelum ini.
''Saya ingat ada harapan baik untuk masa depan,'' katanya.
Komen aku:
You're most welcome, Tun. Aku adalah antara rakyat Malaysia yang kini dapat menarik nafas lega bila Tun revise semula keputusan beliau untuk kembali ke pangkuan UMNO. Tun, I really miss your attitude and leadership since you resigned.
Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz
|
|
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, amalan menghisap rokok dikeji serta diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini semalam.
Nik Abdul Aziz berkata, ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.
Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama
Komen aku:
Yup, part ni memang aku sokong 100% buah fikiran Nik Aziz. Kalau nak tegur anak-anak remaja yang ketagih merokok, memang tak jalan la...sebab diorunk akan backfire balik kat kita...naper salahkan diorunk sedangkan pak-pak haji yang siang malam dok tunggang langgang buat ibadah pun selamba jer isap rokok? Hah.....macam mana nak respons pada orang yang jenis otak dah sewel akibat terlalu banyak telan asap rokok?? haa......ini jawapan dia!
kau try hisap rokok dulu baru tau kesedapan dia.hahaha
ReplyDeleteamar bongek...sebab tu la ko ting tong masa keje......sengal je memanjang....
ReplyDelete