10 February 2009

Trend Enggan Bawa Buku Teks

Geleng kepala aku masa baca tajuk artikel khas ahad lepas - " Trend Enggan Bawa Buku Teks Jadi Budaya"...huh?

Ntah apa2 ntah budak2 zaman sekarang. Dah penat2 kerajaan bagi semua golongan masyarakat pelbagai peringkat taraf hidup dapat pinjaman buku teks percuma, banyak songeh lak tak nak bawa buku teks ke sekolah. Alasan teramat bodoh yang diorunk beri:

1) malas,
2) beg berat,
3) tidak sukakan guru yang mengajar subjek tertentu,
4) pengaruh senior yang juga tidak bawa buku teks ke sekolah,
5) malu diejek oleh kawan-kawan dan senior.

Wei...aku zaman sekolah dulu, angkut buku2 teks ke hulu ke hilir, pagi petang...tak de masalah pun?Jadi, apa masalah korunk? Beg aku berat giler pun...aku still boleh berjaya. Dalam artikel tu tulis, kebanyakan pelajar yang amalkan trend sandang beg kosong ni adalah dari kalangan pelajar kelas corot, terutamanya pelajar lelaki. Diulang sekali lagi......pelajar LELAKI !

Isk, isk....dah lah kaum lelaki makin pupus sekarang ni, yang buat perangai tak nak belajar, bawa banyak masalah dari zaman sekolah sampai zaman bekerja, berkeluarga, beranak pinak..sampai la ke tua....kaum2 ni jugak la...apa nak jadilah kaum lelaki skang ni?

Dulu masa kerajaan suh keluarga yang berpendapatan 2K ke atas kena beli buku-buku teks sendiri, banyak yang mengamuk, kata kerajaan kejam tak ada hati perut terhadap orang berpendapatan 2K ke atas tapi banyak tanggungan anak-anak, tapi bila dah diberi hak sama rata...apa jadi? buku2 teks dijadikan macam sampah tak berguna, terperuk kat rumah jadi perkasam, anak2 ke sekolah berlenggang...melampau betul !

Kalau ikutkan aku, aku cadangkan je pada kerajaan suh tarik balik pinjaman buku teks daripada pelajar yang masih anggap buku2 teks tu sesuatu yang menyusahkan diorunk, senaraihitamkan keluarga diorunk dari tersenarai sebagai penerima bantuan buku teks sekolah sampai bila-bila.
Tak perlu berkompromi dengan orang tak kenang budi.

4 comments:

  1. diorang tahu ada wireless yg gov spend berjuta2x hengget.
    Diorang nak gunakan kemudahan yang ditabur oleh gov kite. Tapi ilek...kat sekolah


    he3x...gamoknye diorang lebih advance dari guru dan PIBG kot??

    kena buat research nie...hi3x..

    ReplyDelete
  2. relaks la..aku pun malas baawa buku teks jugak ke sekolah...tinggal jer bawah meja..nak ilang, ilang la..bapak aku beli sendiri..bukanya hak kerajaan..huhu..

    lagipun cikgu bukanya pakai sangat pun buku teks nie..

    tapi buku latihan yg nipis tu aku bawak la..tapi bukanya buat sangat pun..hahaha!!!

    sebab tu la aku kurang berjaya kot..huhuhu!!!

    ReplyDelete
  3. buat locker kt skolah utk simpan buku text.. *aku pun tak penah bwk buku text dulu haha.. simpan dlm locker je

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)