16 February 2009

Kupon Parking Di Melaka, Wajib Ada !



Sila pastikan dalam kereta anda ada kupon parking seperti ini sebaik sahaja anda memasuki negeri Melaka. Kalau tak nak sia-sia kena saman sebab parking nak masuk duit, keluarkan duit, beli surat khabar, tunggu member tepi stesen bas atau apa2 jua, baik korunk tempekkan benda alah ni kat bahagian kanan dashboard tempat pemandu....

Masa aku nak buat urusan dengan bank BSN dan CIMB kat Ayer Keroh Height minggu lepas, aku baru perasan dalam kereta aku dah abis benda alah ni, terkial-kial aku nak cari kedai jual kupon parking MBMB nih. Walaupun banyak kedai yang mempamerkan papan tanda sebagai kedai berlesen menjual kupon parking ni, tak semua simpan bekalan kupon parking nih.

Bila aku masuk dalam kedai top-up 3 pintu dari bank BSN tu, aku mintalah kupon untuk setengah jam je, aku bajet dalam RM2 je (kupon rm0.40/setengah jam X 5 keping), tapi budak perempuan yang jaga kaunter tu kata MBMB baru keluarkan kupon parking versi baru, bernilai RM5..huh!! Sib baik aku bawak wallet, kalau tak, tak pasal-pasal aku nak kena patah balik ke kereta.....grrr....

Rupa-rupanya, MBMB gabungkan kupon parking RM0.40/setengah jam dan RM0.60/sejam dalam satu booklet. Adehh.....masalahnye, bukan semua orang nak pakai kupon RM0.60 tu! Macam aku, kadang-kadang urusan bank tak sampai pun 10 minit, macam kat BSN Ayer Keroh tu...macam membazir lak bile terpaksa gores yang RM0.40 tu.....*bleh masuk toilet awam sampai dua kali tau!*

Bile fikir-fikir balik, MBMB bleh kaut untung bile re-pakej semula kupon parking macam tu, yang rugi...kita sebagai rakyat bumi Melaka ni la....alahai...*redha je la BaTiK_PiNk oi*....

Jadi, kepada sesiapa yang nak datang ke Melaka dan sudah semestinya nak kena parking kereta di mana-mana di Melaka ni, pastikan korunk dah borong awal2 kupon parking nih...kalau kena saman nanti, jangan nak memekak kat kaunter bayar saman tu erk? Bak kata Nabil....sendiri fikirlah kawan!

4 comments:

  1. aku lagi la....
    ingatkan kejap je nak cocok $ kat mybank king hotel..
    parking la kejap..
    sekali lama plak berurusan kat dlm tue..
    ding dong ding dong..balik kat kereta ...ada "flyers" sangkut kat wiper keta.

    bese la...nak pick ar la "flyers" tue... sekali....surat saman parking daa....

    kalo nak dipikir2xkan..kalo orang luar yg dtg melawat melaka..yang lngsung tak tahu sistem mcm nie...mesti dorang susah nak bayo kalo dah kena saman sebab diorang kat negeri masing2x...

    ReplyDelete
  2. tu la pasal...sebab tu la BaTiK_PiNk buat thread ni, insyaAllah..boleh beri kesedaran awal pada member2 mana yang teringin nak dtg melaka....supaya beringat sebelum terlambat...

    ReplyDelete
  3. bagus bagus batik pink...

    tak terpikir p[un nak buat entry ni..malu sbb dah tiga kali kena ranya.. satu kat depan legend hotel.. satu dekat kawasan bertentangan dengan medical pantai... lg satu kat mana eh.. lupa pulak...

    ReplyDelete
  4. bagus gek thread ni n yg seumpama..
    dah ramai le kot yg pnh cube nasib(mungkin) utk proposed system yg mcm2 utk 'negeri maju' ni. buboh le system bagai2 pun yg penting sape nak bayau n maintain lehau oii.. kalo ada mesin pun kene ade gek penguatkuasa yg nak mnyaman..
    pakai kupon ni kire senang le kaut $, org gune ke x ke tu blakang kire..
    ahh loratt nau~

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)