Aku ternampak artikel nie kat announcement board kat luar pejabat pusat servis proton edar Bachang, Melaka, minggu lepas. Masa tu aku nak ambil kereta proton mak aku yang baru diservis (sepanjang hari). Mambaca tajuk artikel ni je dah membuatkan aku terus setia membacanya sambil berdiri. Sesekali aku tersenyum, mengangguk tanda setuju dalam diam.
Aku puji luahan hati penulis artikel ni tentang kereta nasional negara kita. Sekurang-kurangnya ada juga rakyat Malaysia (selain aku!) yang masih memandang tinggi dan menghormati kewujudan kereta nasional kita. Biarlah orang lain nak kata apa tentang kereta Malaysia, aku tetap dengan kata hati aku...kereta Malaysia masih wujud!
Ruang Sekilas Pandang – Keratan Akhbar Sinar, November 2008
Kereta Nasional – Tidak Sempurna, Tapi Wujud
YA, memang kereta buatan negara kita ada macam-macam kekurangan dan saya amat sedar akan hal itu kerana saya sendiri memandu sebuah Kelisa. Adakalanya, masalah-masalah Kereta Nasional kita sering menjadi jenaka saya dan kawan-kawan, malah ahli keluarga. Kita sudah boleh ramal, kerana masalah yang kerap dialami ialah ‘power windownya’. Kalau nasib kurang baik, baru berapa bulan beli sudah rosak. Tapi saya tidak hairan dan tidak kisah. Kereta Kelisa saya, kalau saya turunkan cerminnya, dengan getah di sekeliling bingkai tingkap itu turut turun. Jadi untuk mengelak getah di tepi-tepi cermin itu turun, saya tidak lagi menggunakan khidmat ‘power window’, sebaliknya terus membuka pintu sama ada untuk membayar tol atau mengambil parking tiket. Hairannya saya tidak pernah rasa malu atau serik.
Begitu juga lampu kereta yang kerap dimasuki air hujan. Adakalanya lampu kereta sudah kelihatan seperti akuarium mini. Kalau boleh bela ikan, sah boleh jadi akuarium. Lampu kereta saya sendiri sebelah daripadanya tidak bersinar, nampak seperti cermin yang telah ’difrosted’. Bagaimanapun, bagi saya biarlah hitam, buruk dan cacat kereta buatan tanah air saya, saya tidak akan menukarnya dengan apa jua jenis kereta kerana saya ada prinsip sendiri yang mengutamakan produk tempatan.
Jika ditakdirkan saya kaya sekalipun dan mampu membeli kereta mewah, saya tetap akan memiliki juga kereta buatan Malaysia, sama ada Perodua atau Proton kerana itu adalah prinsip saya. Bagi saya, kalau kita orang Malaysia tidak membeli kereta buatan Malaysia, siapalah yang nak beli. Mungkin ada beberapa orang yang beli, tapi setakat itu sajalah. Sama juga kalau kita orang Malaysia tidak bertutur dalam Bahasa Malaysia, siapalah mahu bercakap menggunakan bahasa itu.
Anak saya sering komplen kalau naik kereta saya dan duduk di belakang, dia rasa seperti menunggang kuda. Sakit pinggang katanya. Saya katakan, sekurang-kurangnya dia harus bersyukur kerana dapat juga merasa naik kuda. Bukan senang nak dapat peluang naik kuda. Kalau parking kereta, saya suka parking di celah-celah kereta mewah. Kalau kiri kanan kereta Mercedes atau BMW lagi saya suka. Saya pun tidak tahu mengapa, mungkin untuk memberi penghargaan kepada kereta buatan negara saya untuk wujud di celah-celah kereta berprestij. Yang penting, ia WUJUD.
Oleh itu, sewajarnya kita menghargai dan memberi sokongan kepada kereta buatan nasional. Tahukah kita, berapa ribu anak muda tempatan yang bekerja mencari rezeki di kilang-kilang kereta ini? Wujudnya kereta-kereta ini membolehkan jutaan rakyat Malaysia memiliki kereta yang memudahkan pengangkutan harian mereka, mencari rezeki, meningkatkan ekonomi dari generasi ke generasi. Kalau nak harap kereta import, tidak mungkin semua golongan mampu memilikinya.
Sekarang ini rata-rata rumah mempunyai sebuah kereta, ada yang sampai dua tiga buah Kereta Nasional. Jadi, jika kita benar-benar warganegara Malaysia, jangan hina dan cuba nak musnahkan industri kereta sendiri. Kalau tak nak beli, diam saja. Ramai lagi rakyat Malaysia yang nak beli. Jangan nak komplen sana sini. Itu bukan saja tidak bersyukur, tetapi tidak sedar diri. Apatah lagi kalau yang banyak ’songeh’ ialah di kalangan pemimpin warganegara Malaysia sendiri. Mereka sepatutnya ’menghidupkan’ bukannya hendak ’menguburkan’ kereta buatan negara. Memang kereta kita tidak sempurna, tapi kalau kita tidak sokong, sampai biar pun ia tidak berpeluang untuk jadi sempurna.
kereta mba warna merah...
ReplyDeleteboleh ku bawa ke tempat kerja...
la3x....<-sambungkan aje lagu nie..
kui kui kui....kereta merah plat MBA tu, dah mmg popular sekitar MITC nih....kui kui kui....
ReplyDelete