Antara selebriti yang dijemput untuk berkongsi cerita dan pandangan terhadap topik yang dikemukakan adalah Dina MI dan Chef Zam. Memang menghiburkan betul tengok respons dua selebriti gebu2 nih semasa ditemuramah oleh Ally Iskandar. Terbahak-bahak aku tergelak sorunk2 depan tv tengok gelagat Chef Zam bercerita dengan gaya2 dia tu. Sebelum ni, walaupun selalu aku tengok program masakan dia di tv, aku tak berapa "perhati"kan gelagat dia...jadi malam tadi mmg betul2 aku nampak personaliti sebenar Chef Zam...dia tak hipokrit (pada pendapat aku la). Chef Zam bercerita pasal dia buat gastric bypass operation untuk pendekkan laluan makanan dalam usus dia (betulkan aku kalau apa yang aku terangkan ni kurang tepat, k?). Hasilnya dia turun berat badan dari 130++kg kepada 80++kg dan masih berusaha menurunkan berat badan kepada berat badan yang lebih ideal. The best thing is that, kandungan kolestrol dan tekanan darah tinggi dia terus jadi normal dan dikategorikan sebagai tubuh badan sihat. Menarik kan?
Dina as usual lah, very outspoken one, dengan gaya kebudak-budakan dia. Yang lain aku ok, cuma part cara pemakaian dia yang aku tak berapa selesa melihatnya. Memanglah tak dinafikan dia selesa dengan bentuk fizikal dia yang sedia ada, tapi pada sesetengah persembahan pentas, wardrobe dia agak annoying. Harap Dina ambil teguran ni secara membina untuk kebaikan dia juga dalam bidang seni ni. Lawak la dia beritahu yang Jacklyn Victor, satu-satunya orang yang panggil dia "donut" masa dalam Malaysian Idol (MI) dulu...sib baik "donut", bukan kuih keria....
Antara bancian berkenaan apa yang selalu difikirkan oleh orang Malaysia bila isu gemuk diperkatakan ialah; pemalas dan lembab, selekeh dan ada beberapa point lain yang aku lupa nak take note..heheh.
Kelebihan orang gemuk ni plak seperti yang disurvey oleh group production Ally adalah; menjadi perhatian ramai aka popular, selalu dapat duduk seat depan bila carpooling, muka rezeki, peramah, baik hati...bla bla bla (sorie tak berapa ingat sebab dok asyik gelak dengar Chef Zam buat lawak).
Bagi aku, kalau tanya pada semua orang pasal keinginan nak kurus dan jadi sihat..sesiapa pun akan kata nak kurus dan sihat. Tapi, kenalah realistik dengan usaha dan cara apa yang kita guna untuk mencapai objektif utama kita tu.
Macam kes aku, dulu masa kat tempat keje lama (lama ke? baru tinggalkan 1-2 bulan je kot...kuang kuang kuang..), aku ada peluang dari segi masa lepas waktu pejabat, ade kawan yang nak bersenam dan senang diajak berkompromi (thanks Pav!), ada tempat nak lakukan aktiviti beriadah lepas waktu kerja (area MITC, Ayer Keroh) dan ada mekanisme berbentuk suplemen penurunan berat badan (ubat kurus la maknanya), kebetulan masa tu aku tengah berkobar-kobar nak turunkan berat badan ...memang berbaloi sebab aku turun hampir 4-6kg dalam sebulan lebih....kalau perasan lepas waktu kerja, ade budak perempuan dok berlari (berlari ke? aku rasa lebih 80% aku berjalan laju je...x de la lari sangat pung..kui kui kui) sekitar kawasan MITC, dok round 4-5 kali tu....aku ler tu! sampai aku rasa pak guard bangunan Menara Telekom dah bleh agak sekian-sekian masa aku akan terkedek-kedek jogging depan bangunan dia...hek eleh...mcm aku x perasan lak...pakcik2 guard tu tunggu nak tgk punggung aku nih dok bergegar2 depan mata dia....bengong!)
Tapi seriously aku cakap, semenjak aku resign bulan Disember lepas, pastu duduk umah jadi anak dara baru2 nak ngendeng mak tanya mcm mana nak masak itu ini, aku dah rasa berat badan aku makin bertambah...apa tak nyer? hari-hari dok kat dapur, lepas masak, kena makan...pastu tgk tv, makan lagi, buat kerja skit-skit, pastu malam masuk tido...dekat 3 minggu lebih asyik buat benda sama.....maunyer tak dinamakan "menternak" badan?
Dah tu, environment keje aku skang mmg betul2 menguji kekuatan mental dan fizikal aku. Mana tak nyer...hampir setiap hari ada meeting, bila masuk meeting tu, for sure la akan ada makan-makan dan minum-minum....kalau sehari ada 2-3 meeting? dah tu kerja jenis bleh bilang baper kali aku bakar kalori dengan bergerak ke sana ke sini....huh...dah la kat sini nyer budaya...tepat kul 4.30 atau 5.00petang, masing-masing dah berdesup balik umah...tak nampak pun yang betul-betul beriadah kat kawasan pejabat (ke aku jer yang terlepas pandang?)....lagi la bertambah sengal aku nak bersenam bagai...tu yang buat aku rindu ngan environment keje tempat lama aku tu....uwaaa...Pav......jom jogging!!
Minggu lepas, dak Yus mengemol2 bagitau aku yang dia dan Pav baru lepas gi register masuk kelas Yoga kat pusat Yoga sebelah IPK Ayer Keroh...register RM40, kelas setiap hari khamis 6.30 petang (kalau x silap aku la)...pergh.....tercabar wei....
InsyaAllah, aku tetap berniat nak jugak bersenam dengan apa cara sekali pun bagi mengelakkan baju-baju kurung aku nampak macam 'sarung nangka'....issskk.....tak mo la...harap-harap x sampai peringkat tu......Ya Allah, dengarlah doa hamba-Mu ini....aaaaammiiinnn!
cayukk kak ida...!! tp yg penting u xblh lawan i huhuhu...nnti jgn lupa bg lemak2 kak ida yg terbuang tu kat lyn k..dah mati akal nak naik kan badan nih!
ReplyDeletemana bleh kasi free2 mcm tu je? bayar kire timbang la..wakaka.....bleh?
ReplyDeletepakcik2 guard tu tunggu nak tgk punggung aku nih dok bergegar2 depan mata dia....bengong!)
ReplyDelete-ahaks...