Kisah kekejaman rejim Yahudi aka Israel menyeksa dan membunuh umat Islam Palestin di Gaza tak perlu diperkenalkan lagi. Semakin hari semakin menggila rejim Yahudi ni melakukan kekejaman ke atas umat Islam sambil direstui oleh kuasa Barat terutamanya pentadbiran Bush-shit.
Apa guna si Ban Ki Moon sebagai Setiausaha Agung PBB pun aku x paham? Sekadar boneka Bush-shit? Tak de apa-apa kemajuan pun yang dia boleh bawa. Sekadar bercakap tanpa ada sebarang tindakan tegas...cuba bayangkan situasi begini; Ban Ki Moon ibarat penjaga harimau sarkis, Rejim Zionis ibarat harimau yang sangat lapar sebab tak diberi makan seminggu dan rakyat Palestin ibarat daging merah lagi segar....Penjaga harimau menasihati harimaunya agar berpuasa untuk 2 hari lagi sedangkan daging merah dan segar betul-betul dah ada depan mata? Korunk ingat harimau tu nak dengar ke cakap penjaga dia?? Silap-silap dengan penjaga dia sekali dia telan....! Ban Ki Moon cakap atau ugut macam mana pun, rejim zionis tetap sembelih rakyat palestin depan mata masyarakat dunia tanpa takut sebab di belakang mereka ada sokongan kuat dan kukuh dari kuasa-kuasa barat.
Sesapa tolong betulkan pemahaman aku kalau salah...ye?
Rejim Zionis = Rejim Yahudi = Israel
Perdana Menteri Israel = Ehud Olmert
Negara Palestin = Tebing Barat (di bawah kepimpinan Mahmoud Abbas) + Semenanjung Gaza (dikuasai puak Hamas)
Presiden = Mahmoud Abbas
Pendapat aku, Barack Obama pun tak akan dapat ubah senario kekejaman Yahudi ni, sebab dia tak berani. Sebab apa? Kempen dia masa pilihanraya dulupun banyak dibantu oleh kuasa-kuasa besar Yahudi. Tak akan la dia nak gigit balik tangan yang banyak membantu dia semasa berkempen sampai dia berjaya jadi Presiden Amerika mengantikan Bush-shit? Dia akan terus bermain tarik tali tentang isu kekejaman sekutu Yahudi ni sambil alihkan perhatian dunia kepada isu kemelesetan ekonomi dunia dan formula konon "Ajaib" dia nak memulihkan ekonomi dunia yang semakin menjunam teruk. Sementara itu, sekutu Yahudinya akan ganyang umat Islam dengan lebih aggresif dan kejam.
Dari kita masyarakat Malaysia mengutuk dan mengecam kosong kekejaman Yahudi terhadap umat Islam setiap hari masa membaca surat khabar atau menonton televisyen, lebih afdhal rasanya kita sama-sama menderma mengikut kemampuan ke tabung yang telah diwujudkan bagi membantu meringankan penderitaan umat Islam di sana. Antara tabung yang sedang aktif menerima bantuan kewangan adalah Tabung NSTP Untuk Gaza (NSTP-Media Prima), Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin (Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)) dan banyak lagi.
Bagi yang nak menderma, sumbangan boleh disampaikan kepada Bahagian Kewangan NSTP, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau kepada akaun Maybank 514105-320501, atas nama Tabung NSTP Untuk Gaza.
Dari pemerhatian aku, rakyat Malaysia betul-betul menunjukkan keprihatinan dalam membantu mendapatkan dana dan kesedaran terhadap sikap kejam rejim zionis dengan melaksanakan beberapa perkara seperti:
1) Menubuhkan tabung khas bantuan kemanusiaan penduduk Palestin oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta bertaraf gergasi, jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), peringkat negeri seperti yang sedang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka.
2) Penghantaran pasukan perubatan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)ke Genting Gaza bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan tentera Israel.
3) Larian amal tanda protes atas kekejaman tentera Zionis seperti yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan (USMKK) bertemakan Larian Amal Untukmu Palestin di padang USM Kubang Kerian.
4) Solat hajat keamanan dan Qunut Nazilah (doa ketika ditimpa malapetaka atau musibah) bermula Jumaat minggu ini di seluruh negara seperti yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
5) Perarakan bantah Israel yang dicadangkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), yang melibatkan Kira-kira 2,000 ahli pelbagai persatuan mahasiswa dari 72 institusi pengajian tinggi awam dan swasta akan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Britain dan Mesir Jumaat ini bagi membantah kekejaman Israel ke atas Palestin. Selain itu, perarakan bertemakan Perhimpunan Umat Bersama Rakyat Palestin turut diadakan.
6) Paparan kekejaman tentera Israel membunuh rakyat Palestin termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa, yang dijadikan gambar muka hadapan dalam akhbar-akhbar utama seperti Utusan Malaysia setiap hari bagi membangkitkan rasa simpati rakyat negara kita yang mengutuk habis-habisan kezaliman rejim Zionis itu.
7) Siaran slot khas krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza oleh rangkaian televisyen dan radio milik Media Prima Berhad, bertujuan meningkatkan kutipan tabung NSTP Fund For Gaza kelolaan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP). Siaran televisyen RTM juga berbuat demikian.
8) Pemboikotan barangan dan perkhidmatan dari sekutu Zionis( Israel) iaitu AS dan Eropah yang merupakan penyokong kuat Israel seperti yang dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Citizens International (CI), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan lain-lain lagi.
Antara barangan yang boleh diboikot adalah seperti Coca-Cola, Sprite, Fanta, Sunkist, Pepsi-Cola, IBM, Intel, Apple Computers, Kleenex, Kotex, Hush Puppies, Revlon dan Timberland. Lain-lain yang boleh diboikot ialah Marlboro, Dunhill, Rothmans, Kraft, Citibank, Mastercard, American Express, Federal Express, Disney, Haagen Dazs dan banyak lagi.
9) Inisiatif awal kerajaan untuk meminta sidang khas kecemasan Perhimpunan Agung PBB supaya melaksanakan Resolusi 377 A(V), Bersatu Untuk Keamanan. Perhimpunan Agung PBB itu boleh mengadakan pertemuan dalam sesi khas kecemasan dalam tempoh 24 jam atas permintaan sebilangan besar anggota.
Aku dan mak aku dah menderma. Korunk bila lagi?
budak2x opis da sign borang http://sahabatpalestine.blogspot.com/2009/01/sejuta-tandatangan.html
ReplyDeleteboleh lee kot..
dah masuk blog tu dan buat apa yang patut....sokongan dari segi moral mmg amat diperlukan, tapi kita kena ingat sokongan dari segi bantuan kewangan dan perubatan paling penting untuk saat-saat genting tika ini.....jom menderma!!
ReplyDeletetahniah. mari kita sama-sama membantu sedaya mampu :)
ReplyDelete