23 January 2009

Transformasi Seorang BaTiK_PiNk

Sebenarnya terlalu banyak benda aku nak luah kat blog ni tentang apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tempoh aku bekerja sebagai penjawat awam pertengahan bulan Januari ni...tapi disebabkan kekangan masa dan peralatan aku nak bertenet tak de, aku terpaksa hibernasikan diri dari menulis apa-apa...huh! gian betul la nak menaip....aku rasa aku dh kena sindrom tenet-maniac la....sehari kalau x bertenet atau surf tenet...mmg aku rasa hidup aku tak lengkap...

Ni ade serba sedikit ringkasan transformasi aku daripada seorang penjawat awam kontrak kepada penjawat awam tetap....

11-12hb Jan 2009 - aku naik kajang, stay umah Mak Ndak sementara nak tunggu hari melapor diri kat P'Jaya. dalam hati aku tak keruan, berdoa tiap2 masa agar dapat penempatan di Melaka balik. aku rindu mak!

13hb Jan 2009 - lapor diri di P'Jaya, jumpa ramai gak member-member dari forum Cari.com, masing-masing malu2 kucing bila bertentang mata. lepas acara penyerahan surat penempatan oleh orang kuat JPA, aku terus buka surat tu...berdebar sungguh sampai aku boleh rasa macam jantung aku berhenti berdegup....bile aku nampak tertera kat surat tu PSUK Melaka, aku rasa nak melutut dan sujud kesyukuran masa tu jugak. Alhamdulillah....doa mak aku makbul! masa semua nak beredar keluar dari dewan tu, aku call mak. aku beritahu mak aku dpt balik Melaka. Mak aku teriak menangis, sambil tak putus2 ucap kesyukuran, aku menangis sekali....aku rasa nak pecut balik Melaka time2 tu gak....tp dah nama pun adat menumpang umah orang kan, kena la berbudi bahasa masa nak keluar. aku tunggu Mak Ndak aku balik kerja dan tolong dia masak, pastu baru aku beritahu aku dapat posting Melaka dan nak balik malam tu jugak. Mula-mula Mak Ndak agak keberatan nak lepaskan aku balik Melaka sorunk2 malam tu, tp aku beria-ria nak balik cepat sebab nak lapor diri kat PSUK Melaka keesokkan harinya. aku sampai umah mak tepat pukul 1 pagi. aku peluk cium mak erat2...

14hb Jan 2009 - seawal pukul 8 pagi aku dah tercongok depan PSM, nak lapor diri. kat situ baru aku tahu termasuk aku ada 3 orang PTM baru lantikan JPA dihantar ke PSUK Melaka. Ketiga-tiga perempuan. So far ok la...kitaorunk tukar2 no. hp incase ada apa-apa hal. disebabkan PSM belum tentukan kat mana kitaorunk akan ditempatkan, kitaorunk duduk kat library Seri Negeri...bosan giler...dah la tak de internet....sejuk giler dalam tu...memang ada banyak buku novel melayu..tapikan aku kureng skit nak sentuh novel2 melayu ni, so aku abaikan jer la...sampai tersenggut2 aku depan pc tak berinternet mengantuk sebab tak cukup tido malam tadi...

15hb Jan 2009 - belah pagi still x tahu apa nasib kitaorunk...dok pandang orang lalu lalang....bosan tahap cipan. sib baik aku bawak buku H. M Tuah Iskandar, boleh la juga layan mata. Dah dekat tengahari, En. Roslan PSM bawak kitaorunk gi mengadap TSUK(Pembangunan) iaitu En Azizan untuk amanat aluan penjawat awam baru ke kerajaan negeri. Semuanya berjalan lancar. TSUK (P) tetapkan penempatan aku dan Kak As di BPTM, Jbtn Ketua Menteri Melaka....pergh....alhamdulillah....masin mulut budak2 opis lama yang dok agak2 aku ditempatkan kat situ....sekali betul la pulak tekaan diorunk! Kak Azie lak ditempatkan kat Pejabat Pengarah Tanah & Galian Melaka di Wisma Negeri. lepas amanat aluan, aku ngan Kak As gi lapor diri kat BPTM....herm, so far ok la...dalam unit ni ramai staf perempuan, lelaki leh bilang jari.

16hb Jan 2009 - belum ada kerja tapi aku ngan Kak As dok sibuk kehulu kehilir nak isikan borang-borang untuk diserahkan kepada pihak JPA semula melalui PSM Melaka...nasib baik kitaorunk masuk jabatan yang sama...kire ade la member. petang tu ketua unit aku panggil aku ngadap dia, dia teranglah serba sedikit apa fungsi unit dia. bawah dia ade dua unit utama iaitu Operasi dan Rangkaian. bla bla bla....dia tempatkan aku bawah unit Operasi dia...ok la tu,dia tanya aku pandai buat apa, aku jawap la based on pengalaman kerja aku kat 3 tempat kerja lama....lepas tu dia kata, aku kena cepat belajar dan adapt dengan environment baru sebab kerja kat bawah unit Operasi ni memang dah banyak tertunggak sebab x-PTM yang aku gantikan ni dah lama berhenti (kot?) dekat setahun lebih.....yes bos! InsyaAllah....aku akan cuba yang terbaik...

17hb Jan 2009 - hari jumaat....biasa la...pepagi ade ceramah agama kat dewan. bum bang bum bang...dah pukul 12 lebih. petang tu, pengarah aku suruh aku gi kursus KMK kat INTAN IKWAS di Kluang dengan Kak As...KMK tu mende? menatang apa tu?

19-22hb Jan 2009 - kursus KMK (Kursus Kumpulan Meningkat Mutu Kerja) di INTAN IKWAS, Kluang, Johor dengan Kak As. Bessshhh.......kejap2 makan, kejap2 makan.....sampai aku rasa tak sempat nak lapar, dah kena gi dewan makan...tapi part kursus lagi besh! Jumpa macam-macam ragam penjawat awam....yang veteran, yang muda, yang muda tak matang2..kui kui kui....cess, patut la staf2 opis aku sibuk tanya sapa nak jadi ketua lepas ni? mula2 aku x paham apa maksud diorunk, lepas gi kursus...baru aku paham apa maksud diorunk....lepas ni kena fikirkan apa projek nak buat, apa benda yang nak di"KMK"kan.......lalalala......yer la....unit aku kan juara KMK bagi peringkat jabatan sebelum ni..so, kena kekalkan status kejuaraan la batch kitaorunk kali ni...

23hb Jan 2009 - aku masuk opis balik!....


kucing kat umah Mak Ndak aku....nama Molly....betine..lincah giler...menjerit2 aku terkejut sebab dia suka terjah2 jari dan kaki orang....
ramai giler dalam dewan taklimat lapor diri.....batch aku jer dah dekat 191 orang PTM baru....pergh.....semoga jumpa lagi kawan2 di kursus induksi kita nanti!


surat penempatan penuh rahmat.....





gambar yang di ambik kat IKWAS..sila abaikan ketembaman pipi dan badan aku tu..tu semua sebab hampir sebulan duduk umah lepas resign 19hb Disember lalu, x de keje lain selain masak, makan, masak, makan...huh!!

2 comments:

  1. tahniah!!!

    degree berapa pointer eh?... saje je ty... nak tgk ler spa ni tgk pointer ke tak...
    n me totaly not 3 pointer...

    may be spa looking for those who got 3 pointer and above ya?...

    ReplyDelete
  2. sama2..pointer cgpa batik_pink dulu 3.46 je,x de la tinggi pun...

    pasal spa ambik 3.0 ke atas ke tak...batik x sure lak....maybe ye,maybe x....x tahu mcm mn dia nilai candidates dia....

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)