07 January 2009

Sumber Motivasi Dan Peledak Jati Diri

Sementara jobless dan duduk kat umah ni, aku cuba habiskan membaca koleksi peribadi buku Dr HM Tuah. Sayang rasanya nak habiskan masa lapang tanpa apa-apa input terutamanya sesuatu yang berbentuk motivasi dan pemberi semangat baru. Sebenarnya aku mula kenal hasil penulisan Dr. HM Tuah sejak tahun akhir kat KUiTTHO dulu masa beliau datang memberi ceramah ringkasnya tentang motivasi diri seorang siswazah universiti. Bermula dari situ, aku mula berjinak-jinak membeli, membaca dan seterusnya membuat koleksi peribadi buku-buku motivasi beliau di rumah aku. Membaca buku beliau amat-amat membantu aku memperbaiki jati diri tak kira lah sama ada ketika mood elok atau pun depressed dengan kehidupan semasa aku.

Setiap kali aku membaca hasil tulisan beliau, semangat nak mencari lagi buku-buku motivasi beliau yang lain semakin membuak-buak. Rasa tak puas dengan membaca buku yang sedia ada kat rak buku tu. Sayangnya kat Melaka ni agak sukar nak mendapatkan koleksi penuh buku-buku motivasi beliau di kedai-kedai buku. Aku kadangkala ke JJ Seremban 2 untuk mencari buku Dr. HM Tuah di sana.

Isnin lepas, aku keluar dengan abang ke Dataran Pahlawan Melaka Megamall untuk janji temu pertama kami bagi tahun 2009 nih. Sementara nak tunggu waktu tayangan wayang kami, aku ajak dia jalan-jalan dalam Megamall tu, window-shopping jap. Terjumpa sebuah kedai buku melayu, dan aku adalah nampak 4-5 buku motivasi dan novel oleh Dr. HM Tuah kat situ. Nasib baik ada bawa duit lebih, aku borong sampai dua buah buku beliau. Buat pertama kalinya dalam hidup aku selama 25 tahun ni, aku beli novel Melayu. Hehehe...aku bukan apa, aku tak berapa minat membaca novel-novel Melayu dari dulu lagi. Jalan cerita yang sama, hanya tukar-tukar nama watak dan lokasi...tu je! Herm...bukan boikot hasil penulisan pengarang Melayu apantah lagi Malaysia, tapi hati aku belum terbuka lagi nak memegang dan membaca novel-novel cinta orang Malaysia. Tapi. novel Dr. HM Tuah ni aku yakin nak membelinya...mungkin sebab aku dah terdedah dengan cara penulisan beliau yang santai tapi sangat menghiburkan selama ini. Dan yang paling penting, aku tak pernah kecewa dengan cara motivasi dan penyampaian beliau.

Sedar tak sedar, dah banyak buku Dr. aku beli dan baca. Mak aku mula-mula tak berapa nak nampak apa impaknya aku beli buku Dr. HM Tuah ni, siap bidas, apa bestnya buku-buku tu sampai aku kemaruk sangat mencarinya di kedai-kedai buku...hehhe...banyak impaknyer mak oii...antaranya, anak mak ni dah mula nampak "peluang" dalam setiap masalah yang dihadapi selama ni, dan mula yakin dengan kelebihan diri sendiri dan dah nampak kelemahan diri yang boleh dimanipulasi menjadi kelebihan...hehehe!


G1: Tak sabar nak baca novel ini... G2: Tambahan koleksi buku aku untuk tahun 2009 nih G3: 2 buku sebelah kiri bawah tu koleksi adik aku [Membina Rasa Cinta & Membina Hati Bahagia] G4: Sekarang aku tengah habiskan membaca buku [Membina Personaliti Terbilang - warna oren tu]
Laman web rujukan koleksi buku-buku Dr. HM Tuah : http://www.drtuah.com/

3 comments:

  1. saya plak..xminat dah nak baca buku motivasi...lagi suka baca buku history,economy dan autobiography jer..huhuhu!!

    ReplyDelete
  2. lain orang, lain santapan mindanya naim oi...hehehe...

    ReplyDelete
  3. ya ya... me agree wif the statement lain org lain santapan

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)