29 December 2008

Tanggal 27 Disember 2008

Patutlah dari malam tadi dia merengek lain macam je…aku beri dia makan friskies pun, dia macam tak berapa nak excited macam selalu. Aku buka jer pintu rumah, dia dah menjengah kepala masuk sambil berdiri atas gril pagar besi. Macam nak cari sesuatu, mata pun melilau pandang isi rumah sambil mengiau. Isk….naper nih? Ko dah nak beranak ke? Aku tak tahu nak buat apa, yer la ini kali pertama aku jaga kucing bunting, dia lak baru kali pertama bunting, mungkin dia gelisah dan gementar nak beranak.

Cara dia pandang tampak sayu, mengiau macam nak beritahu sesuatu. Alahai…ni yang aku tak sedap hati ini. Aku perasan gak dua tiga hari ni dia nampak keletihan dan penat walaupun baru melangkah tak berapa tapak. Asyik terbaring tidur je. Bila aku panggil ajak makan, lambat betul dia beri respons. Sebelum tidur, aku terdengar dia mengiau-ngiau kat bahagian dapur umah. Kuat juga dia mengiau. Sekitar subuh, aku terjaga sebab terdengar mak bukak pintu dapur dan mengemas periuk belanga kat bawah para memasak. Mak mengomel sesuatu yang kurang jelas kat telinga aku, tenggelam timbul sehinggalah aku tertidur balik.

Pagi tu, aku ke dapur nak tolong mana yang patut lepas bersiap. Mak aku bagitau aku dah dapat anak-anak buah baru..hah? Aku kata aku tak faham… mak aku kata, dak meow dah beranak 3 ekor anak….waaa…..sepantas kilat aku berlari keluar nak cari dak meow…rupa-rupanya dia tengah terbaring atas kanvas pengalas tong air tepi dapur. Kesian, dah la berembun, sejuk gamaknya. Dia terbaring dengan muka kepenatan. Nak tergelak aku tengok cara dia baring menyusukan anak-anak dia, merengkok seluruh badan dan terpaksa membatukan diri macam gaya kucing dah mati. Tapi aku paham …dia kan baru pertama kali ada anak, mungkin masih kekok.

Jadi, inilah anak-anak buah aku yang aku nantikan selama ni. Gembira sangat dapat usap dan belek anak kucing baru lahir. Mula-mula dak meow macam tak berapa nak beri aku pegang anak-anak dia, mungkin dia takut aku pisahkan anak dia dari dia…tak lama lepas tu, dia dah nampak ok. Mak aku ada cakap, nak pindahkan tempat dak meow menyusukan anak dia sebab takut kucing jantan makan anak-anak kucing ni. Mak aku letakkan besen biru beralas cebisan tuala lama di bawah tingkap luar bilik aku dan pindahkan kucing-kucing tu. Alahai….comeinye….
Persoalannya sekarang…apa nama yang aku nak bagi kat ketiga-tiga anak buah baru aku nih? Herm…..

Wajah-wajah keletihan Mama Meow selepas beranak...kesan darah pun tak hilang lagi...

2 comments:

  1. wahh cutenyer...baca citer u nie, buatkan i teringat kisah kucing2 i beranak dulu2...anak2 diaorang mmg cute2...

    tapi part yg xtahan bila diaorang dah belajar macam mana nak buang sisa pepejal...ciss!!

    ReplyDelete
  2. Haha..interestinglah citer u..macam baca novel kucing plak, tahniah2 dah tambah koleksi anak kucing.

    bulan 12 nih 2 ekor ibu kucing saya beranak, total ada 10 anak kucing, yang peningnyer semua sama warna, 10 ekor dua-dua ibu kucing susukan bersama. Gotong royong jaga anak.

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)