01 December 2008

Pembohongan Yang Memakan Diri

Korunk pernah membohongi seseorang tak dan kemudian terkantoi sendiri? Aku pernah, dan baru jer berlaku. Huh! Susah tul nak berbohong, sedangkan diri sendiri tak pandai simpan pembohongan tu!

Citernyer mcm ni, ari Jumaat lepas masa tengah meeting ngan Pengarah, tiba2 aku dpt sms dari seorang kawan. Honestly, dia lelaki. Masa tu lak aku tengah serabut, dengan SKT nyer la, dengan mulut longkang sapa ntah dh bagitau bos yang aku dah nak resign, dengan pening kepalanya la....sekali dia hantar sms kata dia ada kat Melaka, dan bunyi smsnya mcm nak jumpa aku. Seriously, aku mmg x de mood nak jumpa sesiapa dalam masa 2-3 hari tu....so, tiba2 aku dpt idea bodoh, aku sms dia balik kata kat dia yang aku tengah otw nak gi Johor sebab ada teambuilding kat Gunung Ledang....what a crap! Sebenarnya, mmg isu teambuilding tu wujud dan akan benar2 berlaku, cuma bukan pada bulan November tapi pertengahan bulan Disember ni. Aku tak tahu naper tiba2 aku terfikir nak bagi alasan tu in the 1st place. Ni la namanya tak de masalah, cari masalah!

Pastu aku wat2 tanya, apsal dtg Melaka tak bagitau awal2, dia balas balik x per la, it's ok...aku pun "fine, selamat !".....Aku pun x sms2 dia lepas tu sebab nak make it real yang aku benar2 ade teambuilding kat Johor.

Ok, hari Sabtu tu plak aku kena teman mak aku ke kenduri kawin bekas anak murid dia kat Taman Tanah Merah Jaya, Pantai Puteri (formerly known as Pantai Kundur). Masa sampai kat rumah pengantin perempuan tu, hati aku tiba2 rasa berdebar2...huhu...awat lak ni? Tapi aku cuba buat2 biase je.....

Malam tadi (Ahad malam Isnin), aku tergerak hati nak tanya dia mcm mn aktiviti dia jalan2 kat Melaka. Bila aku call, dah lama berbual, tiba2 dia bgtau dia ade pergi Pantai Puteri. Dan-dan masa tu aku rasa jantung aku berenti on the spot! Aiyoyo......Dia tanya tahu x naper dia gi sana, aku kata x tahu. Dia explain dia dtg Melaka satu famili sebab menghantar abg dia nikah ngan org area situ. Aku dh mula gelabah...sah aku dh kantoi! Aku bagi klue, tema rumah pengantin tu warna apa, lokasi rumah pengantin tu kat mana, ade silat apa kat situ...dia jawap semua tu betul. Pastu dia diam sekejap, dia tanya...mcm mn tahu semua tu? Aku yang betul2 bangang time tu jawap, aku gi kenduri tu dengan mak aku......aisehmen.

Dan-dan masa tu dia kata aku penipu. Herm, aku nak marah pun x leh sebab mmg salah aku pun. Aku yang berbohong. Dan aku sendiri yang kantoikan diri aku ni. Pastu banyak kali aku cakap aku minta maaf kat dia. Aku tak sengaja. Dia kata naper nak bohong? Kalau x nak jumpa, x perlulah sampai bohong gi teambuilding la, gi Johor la, apa la.....aaaaaarrgghhh! Tak pasal2 aku dpt gelaran penipu. Aku cakap aku terpaksa sebab bla bla bla.....dia gelakkan aku. Dia kata x sangka aku sampai sanggup bohong dia pasal x nak jumpa. Seriously, bukan x nak jumpa, tapi it's not a perfect time nak jumpa dia. Kepala aku tengah berserabut. Aku ni jenis kalau kepala dah berserabut, aku boleh buat benda paling bangang kat dunia. Don't mess with me..hah!So, cara yg paling selamat, aku bohong.

So, kesimpulannya, aku mmg tak pandai nak bohong orang. Kang aku sendiri pecahkan balik tembelang aku.

Sampai ke sudah, dia kata aku penipu...waaa.....x sengaja la beb.....kalau diikutkan, tu tipu sunat namanya tu....

2 comments:

  1. lai lai li tamplom... huhuhu.. bahaye tul.. nasib baik die x cam ko.. klu x mau kene sembor kat majlis tue.. xpe la, tue kire ko dah tebus bohong sunat ko le tue ehehehe.. roger n out ...

    ReplyDelete
  2. citer paling lawak aku baca arinie...hehehe

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)