01 April 2019

Bulan April, Bulan Penuh Kenangan Indah Setahun Yang Lalu


1 April 2019.

Bila tibanya bulan April, dalam hati ni dipenuhi dengan perasaan bercampur baur. Teringat setiap detik bermula dari tarikh 3 April 2018 masa serah diri kepada wad bersalin GH Melaka sehingga saat-saat melahirkan anak. Pejam celik pejam celik dah hampir 1 tahun kenangan ini dan hampir setahun jugalah usia permata hati kami suami isteri dilahirkan ke dunia.

29 Mac 2019 lepas, gigi no.7 mula keluar. Sekarang ni fasa dia mengigit semula, aduhai anak! Bertabahlah emak menyusukan terkujat-kujat bila diketap dengan giginya. Dah laju berjalan meround satu rumah arwah neneknya. Kelakar pun ada dengan perangai anak sekarang ni, dah pandai dan panjang akal bila nak melepasi kubu bantal-bantal atas rocker yang Papanya bina. Dah pandai memanjat katil, tak takut langsung terjatuh...kita nilah yang terjerit-jerit takut dia terjatuh masa memanjat. Separation anxiety masih ada, tak boleh la kena tinggal sekejap walaupun nak ke tandas sebelah bilik sahaja, dia punya menangis macam kena dera! Terpaksa la Mama & Papa dia berlari-larian bila nak tinggalkan dia sekejap dalam bilik.

Selera makan pun dah kembali normal, dah boleh makan balik makanan bertekstur keras dan tak blend macam dulu. Yang Mama perasan, kalau buatkan potato sticks laju je dia makan sampai 4-5 batang sekali hadap, siap tarik-tarik tangan suruh suap ke mulut dia. Maunya tak kembang hidung mak dia bila anak suka dengan masakan mak?! Hehehehe.....Alhamdulillah masih mengekalkan konsep "no salt, no sugar, no msg" dalam menu pemakanan anak sehingga usia 1 tahun ini. Semoga dikuatkan semangat untuk kekal dengan konsep itu sehingga umur anak 2 tahun nanti. Apa-apa pun ada hikmahnya bila anak dijaga sendiri, masih boleh dipantau pemakanannya.

4 comments:

  1. alhamdulillah..pejam celik pejam celik..setahun dah umor dia..moment yg ditunggu2 yani & asben...enjoy it...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Fieza, dah beberapa bulan dok zikir kat telinga suami...kejap je anak dh besar, kejap je anak dh besar....masih rindu zaman dia baby lagi...huhu..nak dpt punya lama tunggu, dah dpt kejap naw dia membesar...

      Delete
  2. Sekejap je kan setahun. Moga membesar menjadi anak yang soleh. Doakan auntie dapat baby ye. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyzamiel: Kejap je kan? Tak puas gomol debab bujang ni...sekarang tgh melasak aktif memanjat berjalan sana sini...inshaAllah Eyza, Yani selalu doakan kawan2 TTC supaya Allah murahkan rezeki zuriat.....amin ya rabbal alamin

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)