08 July 2018

3 Bulan Berlalu Dan...

8 Julai 2018.

Cuti bersalin selama 3 bulan bakal berakhir hari ini dan esok aku akan kembali bekerja. Suatu perasaan yang bercampur aduk dirasakan. Gembira kerana akan mula bekerja...sedih kerana ini bermakna Adam akan ku tinggalkan sementara bekerja. Macam manalah rasanya nanti meninggalkan buah hati dari jam 7.00 pagi dan hanya akan bertemu semula jam 5.45 petang. Pastinya perasaan rindu bertandang tatkala buah hati yang selama ini di depan mata dan sentiasa diulit dipeluk digomol dan dicium manja tiada di depan mata. Alahai anak....

Esok bermulanya pengalaman kembali ke pejabat dengan kelengkapan perang; memerah susu. Alhamdulillah sepanjang cuti bersalin, aku ada menyimpan stok susu EBM dan 2 minggu terakhir sebelum naik kerja aku membiasakan diri dengan rutin memerah susu dengan breastpump dengan 3 sesi ( gap 2-3 jam) dari jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang dan melatih Adam menyusu dengan botol. Syukur Alhamdulillah sesi memperkenalkan botol susu aku berjaya lakukan sendiri disulami dengan doa kepada Allah SWT agar Adam mudah menerimanya dan tak reject botol susu. Ikutkan orang suruh suami atau orang luar (babysitter) introduce botol, jangan ibunya sendiri sebab baby boleh kesan bau badan ibu dan akan tolak botol susu. Tapi atas kekangan, aku bertawakal je semoga usaha aku dipermudahkan. Selepas jam 5.45 petang, Adam aku berikan susu badan secara direct feeding (DF) sehingga subuh. Alhamdulillah juga Adam tidak mengalami simptom nipple confuse dan breastfeed seperti biasa.

Jumaat lepas Adam genap usia 3 bulan, inshaAllah Selasa ni (10 Julai 2018), akan bawa Adam ke KKIA Sg Udang untuk injection 3 bulan. Entah berapalah berat badan Adam kali ini. Semoga ada perkembangan positif.

2 comments:

  1. assalammualaikum adam..awak comel sangat...pipi tu..gewammm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Auntie Fieza, terima kasih... :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)