29 November 2017

Menginap Semalam Di Hotel Imperial Heritage Melaka


29 November 2017.

Minggu lepas adalah minggu yang paling hectic dalam hidup aku. Aku terlibat secara langsung dengan persiapan teknikal ICT bagi program rasmi kerajaan negeri. Memandangkan 3 malam berturut aku terlibat memantau majlis makan malam rasmi kerajaan negeri dan selesai pada tengah malam dan perlu drive balik sengsorang, hari terakhir aku gave up sebab keletihan sangat dan ambil keputusan menempah bilik hotel Imperial Heritage Melaka yang terletak berdekatan dengan Hotel Equatorial Melaka (venue majlis makan malam). Hampeh la...hampir semua bilik hotel disekitar Banda Hilir habis ditempah dan yang tinggal hanya bilik-bilik yang harga melebihi RM500...best option yang tinggal hanyalah Hotel Imperial Heritage dari segi harga bilik semalam dan kedudukan lokasi yang dalam jarak berjalan kaki sahaja.

Harga semalam untuk bilik Heritage Deluxe jenis Triple Bed adalah RM312 termasuk caj GST 6%. Kami dapat bilik di tingkat 2, dan kebetulan dapat view betul-betul menghadap Hotel Equatorial. So far kemudahan di dalam bilik hotel memuaskan, cuma paip air sebelah tandas leaking. Kemudahan parkir terdapat di bangunan parkir bertingkat bersebelahan dengan hotel (berada di belakang hotel), dan boleh diswap untuk waize sebarang pembayaran semasa check out si kaunter hotel.


Tempat makan terletak di tingkat 3 bersebelahan kolam renang Splash. Menu breakfast di hotel ini pelbagai, tapi yang paling menarik hati aku adalah roti canai yang dibuat oleh cef hotel yang sangat rangup dan sedap. Penginapan semalam sahaja, jadi tak dapat explore sangat kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel.

2 comments:

  1. wahhh.. mia pun baru balik menginap 2 malam kat imperial heritage melaka ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Short getaway tak dirancang sebenarnya, tapi terpaksa punya pasal...tak sanggup ambil risiko driving balik rumah jauh dalam keaadaan mengantuk, bahaya untuk baby pun satu hal.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)