04 August 2017

Spaghetti Aglio E Olio Udang & WLC Ogos 2017

4 Ogos 2017.

2-3 hari ni aku balik lewat dari pejabat menyelesaikan kerja. Bercampur dengan stress kerja dan menghadap perangai staf, makin stress dibuatnya. Sangat tak bagus untuk kesihatan apantah lagi untuk PCOSer macam aku yang sedia ada berdepan dengan masalah period dan berat badan ni.

Beberapa hari lepas, balik dari pejabat dah memang lewat untuk sambung memasak di rumah. Jadi aku cadangkan makan di luar je pada suami, dia pun bersetuju je. Kami sama-sama kerja lebih masa kebelakangan ni. Aku alhamdulillah masih bertahan, cuma suami dah start panas badan nak demam sebab badan stress kerja berat sampai malam. Kesian suami aku 😭😭😭 Jadinya, aku ajak makan di Pizza Hut sebab teringat ada menu Aglio Olio. Tapi, paham-paham la portion carb dalam sepinggan Aglio Olio Pizza ni, aku rasa boleh bahagi 3 bahagian, sayur kurang, udang 3 ketul dan harga pun boleh tahan mahal.
Malam tadi, balik kerja awal sedikit jadi aku ambil keputusan nak masak sendiri menu dinner untuk kami suami isteri; spaghetti bolognese untuk suami dan spaghetti aglio e olio udang untuk diri sendiri. Haa...kalini puas hati dapat makan ikut selera sendiri. Portion spaghetti kekal 1 cawan (100gm = 150kcal), udang untuk portion 100gm 100kcal (9-10 ketul udang sedang) dan banyak sayur. Siap buat lebih untuk bekal makan tengahari hari ini. 😁😁😁

Bahan-bahan:
100gm cooked spaghetti (150kcal)
9-10 ekor udang sedang (100kcal)
5-6 biji bawang putih dihiris
3 biji cendawan butang dihiris halus
10 potong lobak merah dihiris halus memanjang
Lada hitam hancur kasar
Serbuk oregano
Chili flakes
1/4 kiub ayam Knorr
Minyak zaitun

Cara Memasak:
1) Kopek kulit udang dan rebus dengan kiub Knorr sampai mendidih.
2) Tumiskan bawang putih dengan minyak zaitun, kemudian masukkan isi udang. Masak sampai sedikit kemerah-merahan.
3) Masukkan air rebusan udang, cendawan dan lobak merah. Reneh sekejap.
4) Masukkan spaghetti dan taburkan lada hitam, chili flakes, serbuk oregano dan gaul rata.
5) Hidang.


1 Ogos tempohari Coach dah masukkan aku dalam group WLC Ogos 2017 untuk teruskan misi menurunkan berat badan. InshaAllah, kena kuatkan semangat demi kesihatan. Jangan putus asa lagi!!

8 comments:

  1. All the best sis dlm WLC, and nmpk sedap spagetti u 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, inshaAllah Asma'...saya doakan usaha awak kali ini berjaya, amin ya rabbal alamin...

      Delete
  2. Yani..alhamdulillah..tahniah..happy for you..Pls ckp kat bby doakan aunty fiezz jugak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Fieza..inshaAllah saya tak pernah lupa selitkan doa untuk TTCians yang lain dipermudahkan rezeki yang satu ini.

      Delete
    2. tq dear..Yani share sikit ada amalkan apa2 produk ke suami isteri?

      Delete
    3. Fieza...Yani ada hantar emel pada Fieza guna emel fiezasani2127[@]gmail.com yang ada pada blog Fieza...nanti semak ye?

      Delete
  3. chaiyok2 kagum ngan semangat yanie tak pernah stop ..terus dan terus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah selagi tekak masih berselera ni kita layankan je....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)