26 August 2017

Briskwalking 5.0KM Dengan Tangan Dipimpin


26 Ogos 2017.

Briskwalking sejauh 5.0km dengan suami pagi ini. Alhamdulillah, hari cuti je dapat panjangkan langkah kaki untuk capai sasaran 10K langkah sehari. Hari bekerja agak sukar, kadang tak sampai pun 5K langkah. Terasa badan lemau bila tak dapat nak bergerak aktif seperti selalu.

Tadi pun, baru nak slow jog orang sebelah dah jegil mata tak kasi. Jadinya, sepanjang 5km tangan kena pimpin sebab orang sebelah tahu isteri dia ni jenis hyperaktif dan tak dengar cakap. Redha je la. Nasib baik keluar peluh juga masa briskwalking tadi.


Alhamdulillah, setakat 9.15 malam ni dah dapat capai target 10K langkah. Hasil daripada berbriskwalk sebelah pagi dan berjalan kaki sekitar pasar malam petang tadi dengan suami. Sekarang ni gagahkan diri berjalan jauh walaupun nafas agak mengah. Mencangkung kejap pun boleh jadi mengah.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)