01 August 2017

Awal Ogos Mode Bertahan Untuk Result WLC Julai 2017

1 Ogos 2017.

Kurang lebih 10 hari lagi WLC Julai 2017 akan berakhir. Sekarang strategi aku lebih kepada mode bertahan dan cuba yang terbaik agar berat badan tak meningkat naik. Honestly agak kelaut diet di beberapa minggu penghujung bulan Julai ni. My bad!

So, azam berbaki 10 hari lagi ini, nak stick pada meal plan dan tak cheatmeal sehingga selesai WLC Julai ini. Ya Allah! Sekejap je dah masuk bulan Ogos kan? Semoga impian nak tengok angka 6 tercapai dan usaha TTC aku boleh disambung semula. Kebetulan pula group whatsapp Klinik Sukhilmi kembali aktif kebelakangan ini, hati macam terpanggil-panggil nak mula buat temujanji sama ada penghujung tahun ini atau awal tahun 2018. InshaAllah!

8 comments:

  1. healthy food ni sedap juga sebenarnya...tapi nak menyediakan nya tu kna ada masa sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kena awal-awal buat mealprep. Saya rasa buat menu healthy food lebih cepat dan mudah dari masak menu biasa....

      Delete
  2. sis, buat rawatan kat melaka di klinik mana ya? sy baru nk mulakan treatment, tp xtau mana dulu nk tuju..hope sis yani dpt bg guideline..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far, saya tak buat apa-apa rawatan di mana-mana tempat. Last buat di GH Melaka tahun 2015 dan di klinik swasta tahun 2016. Awak boleh mulakan di GH Melaka dahulu, treatment paling tinggi ditawarkan adalah IUI. Jika ada masalah kesuburan, perlu selesaikan dulu untuk membantu kita conceive.

      Delete
    2. oic..b4 puasa haritu sy ada g sensei..sensei tu kata rahim sy sejuk, dia bagi ubat..ya ampunnnn, jenuh nk habiskan..

      maaf sis, sy ni mmg blur bab2 hospital ni..b4 g GH ada kena g klinik kesihatan mana2 utk ambik refer letter @ direct g GH je?..tqia.

      Delete
    3. Boleh ke mana-mana klinik kesihatan untuk dapatkan surat rujukan ke GH. Nanti biasanya GH akan rujuk kes kita ke klinik O&G. Rawatan sensei boleh teruskan, tapi dalam masa yang sama kita cuba cari solusi dari segi perubatan moden, mungkin tiub tersumbat atau ada penyakit endometriosis atau lain-lain mana kita tahu kan?

      Delete
  3. aah, betul tu sis, kena check up dkt hospital juga, tkt ada mslh lain..apa2, terima kasih for sharing..moga2 ada rezeki kita utk jadi ibu dan ayah. aminn,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ya rabbal alamin....semoga semua urusan awak dipermudahkan...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)