23 July 2017

Corat Coret Syawal 2017

22 Julai 2017.

28 Syawal 1438H.

1. Raya pertama tanpa arwah Daddy (ayah mertua), jadi cuma kami sekeluarga (mak mertua, adik beradik suami) sahaja di rumah Seremban. Pagi raya aku drivekan mak mertua dan suami ke masjid taman perumahan untuk solat sunat Aidilfitri sementara aku menunggu di dalam kereta di tepi sambil mendengar khutbah. Lepas solat, kami bersarapan dan kemudian ke tanah perkuburan melawat kubur Daddy. Lepas tu barulah keluarga adik beradik ayah mertua datang beraya sampai ke petang.


2. Raya ketiga kami bergerak balik ke Melaka, sementara menantikan adik beradik aku sampai ke rumah pusaka Mak. Sempatlah kemas apa yang patut dalam dan luar rumah. Kami berkumpul di rumah Mak ni raya keempat. Lepas sesi bersalam-salaman dan bergambar beramai-ramai, kami berkonvoi ke rumah mak dan bapa saudara terdekat di belah arwah Mak dan Abah; dari siang ke malam.

Raya kelima pula kami berkumpul di rumah kakak yang no. 3 sambung beraya lagi.


3. OOTD kami suami isteri di sepanjang hari raya pertama sehingga ketiga. 2 helai baju raya tahun ini aku pakai baju kurung moden yang dijahit sendiri oleh adik bongsu (doktor) tu. Baju raya hari pertama sahaja aku recycle baju kurung yang dibeli khas semasa dapat anugerah pingat tahun lepas.


4. Tahun 2017 tiada rezeki nak buat open house raya. Entahlah, kemalasan pun ada. Jadi bila kawan-kawan pejabat tanya bila buat open house rumah aku? Aku cakap tak buat. Huhuhu...berkonvoi raya rumah member satu opis pun takat pergi 1 rumah je. Gathering kawan sama sekolah menengah pun setakat berkumpul di sebuah rumah sahaja. Eh betul-betul takde mood nak beraya sakan kan?

5. Raya pertama (1 Syawal 1438H) adalah tarikh jatuhnya hari lahir ke-34 aku. Perasaan bercampur baur. Lebih kepada blurness. Kek pun takde. Mana ko nak cari kek birthday pagi raya, kan? Haha.


6. Alhamdulillah, bulan Syawal tahun ni dapat selesaikan semua puasa ganti (3 hari) dan puasa sunat 6 Syawal. Seawal 9 Syawal dah mulakan puasa ganti (3 - 5 Julai 2017) dan sambung berpuasa sunat Syawal (6 -7 Julai sambung semula pada 10 - 13 Julai 2017). 20 Syawal barulah betul-betul dapat sambung beraya...yahoo!


7. Seawal raya kedua kami suami isteri dah mulakan semula aktiviti riadah bersenam dan jaga semula pemakanan. Syukurlah bila setiap menu makan masih di monitor oleh Coach jadi komitmen untuk jaga makan tu sentiasa ada. Kalau tidak, memang ke laut dalam diet ni rasanya di bulan Syawal ni gamaknya.


8. Jamuan Hari Raya jabatan diadakan pada 19 Julai 2017 bersamaan 25 Syawal 1438H. Menu berkonsep potluck; kali ini aku sediakan sebekas kacang rebus versi india. Alhamdulillah sekejap je habis. Paling seronok, baju raya 4 tahun lepas (2013) dah muat dipakai semula, jadi aku recycle je masa jamuan di jabatan.


9. Last but not least, aksi wajib beraya kami 3 beradik...bhahaha! Walaupun terwefie di rumah saudara yang sama tahun lepas, kira ok la baju berbeza kan?

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)