21 July 2017

Corat Coret Ramadhan 2017

21 Julai 2017.

27 Syawal 1438H.

Eh, kebetulan sama pula timing entri corat coret Ramadhan tahun ini keluar seperti entri corat coret Ramadhan tahun 2016 dikeluarkan; pada 27 Syawal juga. Hehehe....

1. Oh, tahun ni persediaan hari raya biasa-biasa sahaja. Memandangkan bermula tahun ni kami semua  adik beradik akan beraya di rumah mertua masing-masing pada hari raya pertama hingga hari raya kedua dan hanya akan berkumpul bersama-sama di rumah pusaka arwah Mak Abah pada raya ketiga atau keempat, jadi mentally dah well-prepared keutaamaan adalah untuk beraya di rumah mertua. 

2. Tahun ni menu berbuka puasa sebolehnya dilengkapkan dengan menu sihat (tak sepenuhnya eat clean...) sebab kena fikirkan juga tekak suami. Kalau semua menu rebus, kukus dan bakar je pada aku tiada masalah tapi kesian kat suami la kan? Cumanya puasa kali ini kami suami isteri bertukar sepenuhnya kepada nasi beras perang sebagai pengganti nasi putih. Sampaikan buat nasi lemak pun guna beras perang (santan dikurangkan sukatannya, alhamdulillah menjadi!). Sayur-sayuran pun kebanyakkan hari makan sayur / ulam yang dicelur.

3. 29 hari berpuasa tahun ini ; 
- 3 hari berbuka di rumah mertua, 
- 2 hari bawa famili mertua berbuka di hotel, 
- 7 hari berbuka di luar dengan jabatan, geng sekepala dan suami, dan
- Baki 17 hari memasak sendiri di rumah.

4. Alhamdulillah, dapat laksanakan solat sunat terawih sepanjang bulan Ramadhan. Bangkit buat solat sunat Tahajud dan Taubat sebelum bersahur. Cuma tiga hari terakhir bulan Ramadhan, aku period. Sayangnya kan? Takpelah...alhamdulillah juga period cycle menjadi bertambah baik dan semakin pendek.

5. Tahun ini, tarikh hari lahir jatuh pada 1 Syawal tapi kami suami isteri sambut dengan berbuka di Hotel Hatten Melaka pada 23 Ramadhan (seminggu sebelum raya). Umur baru 34 tahun. Kih kih kih.

6. Tahun ni, cuba kurangkan air manis semasa berbuka, cuma suami suka minum air teh bunga jadi selang selikan dengan air masak. Bila terasa, aku minum segelas untuk legakan tekak. Pengambilan air masak sepanjang hari berpuasa aku cuba lengkapkan 3 liter; dari waktu berbuka sampai sebelum tidur (2 liter) dan waktu sahur (1 liter).

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)