01 July 2017

Bersenam Dan Kawal Berat Badan di Hari Raya


2 Julai 2017.

8 Syawal 1438H. Pejam celik pejam celik dah seminggu lebih kita berada dalam bulan Syawal ni. So, seminggu lebih ni apa aktiviti harian korunk? Makan, makan dan makan ke? Hehe...alhamdulillah, aku dapat kawal berat badan dan nafsu makan sepanjang seminggu beraya dengan memperbanyakkan aktiviti beriadah harian dan melengkapkan sasaran 10,000 langkah sepanjang hari.

24 Jun 2017 - Sehari sebelum raya, banyak aktiviti bergerak dan bantu famili mertua masak rendang di rumah Seremban.


25 Jun 2017 - Malam 1 Syawal tu aku ambil peluang bersenam sambil menghabiskan baki 4 liter air masak. Mabuk juga kepala dok mengadap lauk rendang, ketupat, lemang dan lontong tengahari tu.


26 Jun 2017 - Pagi raya 2 Syawal dah rasa tak sedap badan tak buat aktiviti mengeluarkan peluh. Ajak suami berbriskwalking di taman rekreasi S2 City Park sejauh 3km. Pakkal tak bawa balik kasut sukan balik beraya je, kalau tak memang dah berjogging dah kami suami isteri pagi tu.


28 Jun 2017 - 4 Syawal kami sudah balik ke Melaka. Dapat berjogging 5km di sekeliling taman perumahan dengan suami. Kepuasan sungguh dapat sarung balik kasut sukan setelah sebulan lebih berehat berjogging.


30 Jun 2017 - 6 Syawal sambung semula berjogging sejauh 5.2km selepas aktiviti berjogging terbantut di pagi 5 Syawal tu bilamana hujan renyai turun di kawasan perumahan. Baru rasa badan berstamina sikit nak berlari pantas masa berjogging.


1 Julai 2017 - Berjogging sejauh 6.3km di awal pagi 7 Syawal. Alhamdulillah semakin hari semakin dapat tambah jarak larian dan luangkan lebih masa beriadah sementara masih bercuti raya dengan suami isteri.

2 Julai 2017 - Woah! Hari terakhir sebelum masuk kerja semula dan start 3 hari puasa ganti serta 6 hari puasa sunat Syawal (total 9 hari), jadi push to the limit berjogging 6.2km pagi ini. Nanti rindu orang kata, hehehe.....kali ni memang banyak buat interval run dengan suami. Tiap kali nampak bumper atas jalan, kami pecut lari sampai ke bumper dan kemudian slow jog. Bila nampak bumper lagi, pecut lari lagi....penat tapi best! Mencurah-curah peluh keluar dibuatnya.

2 comments:

  1. pergghhh.. seronoknya suami sokong, suami saya selalu cakap dah kurus tak payah senam, tapi saya gemuk. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki saya ada suami yang senang diajak beriadah. Kena ingatkan suami KakNa tu...kurus tak semestinya sihat. Penyakit sekarang tak kira saiz badan, kurus-kurus pun ramai yang dh ada penyakit dalam diam...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)