11 June 2017

Powerwalk Workout & Masuk Minggu Ketiga Ramadhan 2017


11 Jun 2017.

Lepas terawih 9 dan 10 Jun 2017 aku buat workout powerwalk untuk lengkapkan sasaran 10,000 langkah sehari. Malam 9 Jun aritu siap dapat buat 10 kali pumping dan 50 kali jumping jack, memang letih tapi puas hati.

Malam tadi (10 Jun 2017) , lepas balik dari makan di hotel dengan mak mertua, kakak ipar dan suami di Seremban, aku terus pasang video powerwalk dan selesaikan 2 miles powerwalk untuk 30 minit.



Dah tahu kenapa makin masuk minggu kedua dan seterusnya aku makin perbanyakkan workout? Atas ni adalah penjelasan dari KekNie tentang corak penurunan berat badan minggu demi minggu di bulan puasa. Tak dinafikan, bila masuk minggu kedua dan seterusnya, potensi untuk letih memasak di rumah dah makin meningkat dan otak akan terfikir nak rehat sekejap dan makan di luar sahaja. Kan? Kat sini la cabaran sebenarnya untuk kita yang sedang berdiet ni.

Kat rumah kita boleh kawal kalori intake kita sebab kita tahu apa yang kita masak dan masukkan dalam mulut. Tapi kat luar, pilihan makanan terhidang depan mata dan kita akan jadi rambang mata nak mencuba semuanya. Kawal lah macam mana pun, for sure mesti akan terkehel sikit diet kita. Rasa sini sikit, cuit sana sikit. Sikit sikit pun kalori akan still bertambah ye! Jadi bersedialah untuk berat badan statik (nasib baiklah kalau statik) atau mungkin akan bertambah sikit.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)