19 June 2017

10KG Pertama & Stok Raya Herbalife


19 Jun 2017.

Alhamdulillah 16 Jun parcel stok Herbalife persiapan untuk puasa dan raya selamat sampai di pejabat. Agak kelam-kabut re-order dengan PA Coach pada 14 Jun sebab ada reminder pembelian kena buat sebelum minggu akhir puasa. Masuk je gaji bulan Jun, terus restok F1, F3 dan teamix dan kebetulan ada aku layak bagi promosi bekas air 1 liter untuk 100 point pembelian dalam bulan Jun ini. Teamix tu adalah salah satu persiapan air untuk dibawa berjalan semasa beraya nanti.

14 Jun 2017 - hari weigh in sebelum cheatmeal day pada 15 Jun 2017.
Berdebar nak naik penimbang.
3 Jan 2017 - Mula usaha weight loss
25 Mei 2017 - Berat 2 hari sebelum Ramadhan
15 Jun 2017 - Berat terkini minggu ketiga Ramadhan

Alhamdulillah, ada penurunan 1.9KG sepanjang 3 minggu berpuasa ini dan jumlah keseluruhan penurunan berat badan dalam tempoh 5 bulan lebih ini, bermula 3 Jan 2017 sehingga 14 Jun 2017 adalah 10.4KG. Jauh lagi perjalanan weight lost aku ni. InshaAllah, lepas ini sasaran jangka pendek aku adalah untuk mendapatkan angka "6" di hadapan bacaan penimbang. Bismillahirahmanirrahim!

2 comments:

  1. Replies
    1. InshaAllah amin ST! ST dan Atie pun inshaAllah boleh sama-sama lose weight, jom!!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)