04 May 2017

Menambah Simpanan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP)

4 Mei 2017.

Kisah throwback 30 April 2017. Minggu lepas pihak BSN adakan Karnival BSN SSP di AEON Bandaraya Melaka bersempena dengan 3 kategori cabutan bertuah bagi bulan April 2017. Hari terakhir kami suami isteri baru berkesempatan menjenguk kaunter bergerak BSN SSP untuk tambah nilai pelaburan sedia ada (aku) dan pembelian baru untuk suami. Selepas pembelian BSN SSP, kami dihadiahkan pen BSN dan setiap pembelian mengikut amaun dapat memutarkan roda lucky draw sebanyak beberapa kali. Aku dapat hand towel dari BSN. Heheheh...

Nampak gaya berselang bulan baru aku dapat menukar duit lebihan gaji menjadi simpanan & pelaburan dalam BSN SSP. Kali pertama bulan Januari lepas, dan sekarang bulan April. InshaAllah ada rezeki lebih memang nak pelbagaikan tempat simpanan dan pelaburan duit. 


No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)