16 May 2017

5KM MILO Malaysia Breakfast Day 2017 Run

16 Mei 2017.

Running event terakhir sebelum bulan puasa tahun ini. Yeay, alhamdulillah rezeki pertama kali mendaftar dan dapat slot untuk larian 5KM dengan suami. Gila sungguh la, tak pernah aku menunggu lama berminggu-minggu untuk registeration form di website MILO dibuka, setiap setengah jam refresh website dia. Bila butang registeration jadi available, terus jadi macam blur. Lepas tu cepat-cepat daftar sampai selesai.

Larian pada Ahad lepas (14 Mei 2017) di Anjung Floria, Putrajaya dikatakan mendapat penyertaan seramai 15,000 peserta larian manakala crowd yang datang adalah seramai 60,000. Memang lautan hijau sejauh mata memandang la orang kata. Kami datang sehari awal dan stay di COOP Hotel Putrajaya & Cyberjaya, Dengkil seperti biasa (wow, hotel yang paling banyak kali kami book setakat ini, sampai staf hotel pun dah cam muka kami. Paling best setiap kali book, kami dapat rasai stay di bilik dan aras berlainan, huhu). Petang Sabtu sebelum check-in, kami terus survey route larian 5KM di Presint 4 Putrajaya tu.

Seawal pagi lepas solat Subuh terus kami bergerak ke Anjung Floria sebab kami boleh bajet tempat parkir akan cepat penuh sebab event kali ini memang sangat besar. Alhamdulillah dapat tempat parkir yang dekat dengan jarak berjalan kaki sahaja. Masa flag off kami adalah pada jam 7.00 pagi. 



Lepas larian, kami ditunjukkan arah ke tempat mengambil sarapan pagi di deretan khemah khas. Cuba tengok pilihan menu yang disediakan? Aku pilih menu no. 2 dan suami pilih menu no. 3. Menu no. 1 cepat habis mungkin sebab jadi pilihan majoriti orang ramai di situ.


Apa yang menariknya event MILO ni? Banyak dapat goodies percuma dari MILO la! Ni kalau bawa famili ni, lagi banyak barang-barang produk MILO diangkut bawa balik ni...hehehe. InshaAllah tahun depan nak cuba nasib untuk sertai lagi larian MILO Breakfast Day 2018 jika masih diberikan rezeki kesihatan yang baik. Mana tahu ada rezeki tahun depan datang bertiga? :)

6 comments:

  1. xterserempak pulak kita ye...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Reha masuk kategori apa? Family Fun Run kan? Ramai umat manusia....muntah hijau dibuatnya tengok crowd reramai macam tu...

      Delete
    2. aa amik fun run 3km je tu pon dah mcm 5km dah lame x belari...lg2 belari ngn aisyah..kjap nk dokong kjap nk dok stroler lg bertambah penat eh... hahahaha kene mula blk nk xnk....mmg x dan nk pandang kiri kanan org terlalu ramai...tp tetap seronok kan hahahha insyaallah mane tau rezeki jumpe next run :)

      Delete
    3. InshaAllah!
      Harap-harap ada rezeki kita berjumpa di alam nyata ye? :)

      Delete
  2. wah...yani..impress..good2..saya kalau nak lari2 macamni tak larat..nak exercise ringan2, zumba kat rumah, okey je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan lari macam juara pun Fieza, setakat seronok-seronok lari beramai-ramai. Lain aura dia berbanding kita berlari seorang atau lari dalam kumpulan yang kecil. Even penat pun, kita akan still push diri untuk terus berlari sebab tengok org lain tak berhenti berlari.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)