08 April 2017

Menginap di Hotel Hatten Melaka

8 April 2017.

Lepas check out Hotel Bayview Melaka, terus bergegas ke Hotel Hatten, lokasi di mana Majlis Santapan Malam Negeri Melaka yang dihadiri oleh Agong diadakan. Disebabkan pihak urusetia tak sediakan tempat penginapan bagi kami, jadi aku ambil keputusan untuk tempah 1 bilik di Hotel Hatten ini sendiri menggunakan Booking.Com. Lagipun, esok paginya juga dah kena bertugas di RTC Sungai Rambai, jika bergerak dari Banda Hilir agak lebih dekat berbanding bergerak dari rumah. Selesai raptai teknikal pada tengahari, aku terus ambil beg baju di dalam kereta dan ke lobi hotel untuk mendaftar masuk. Kadar harga bilik Studio Suite untuk semalam adalah sebanyak RM238 (dengan sarapan) tidak termasuk caj GST 6.0% dan caj perkhidmatan 10.0%.

Memang puas hati dengan rekabentuk perabot dalam bilik hotel ini, salah satunya adalah hampir semua sudut ada pencahayaan yang mencukupi dan agak terang. Aku memang pantang sikit kalau dapat bilik hotel yang lighting ala-ala malap dan suram, rasa macam terpenjara. Suami pun stay di hotel yang sama, memudahkan dia untuk ke tempat kerja pada esok harinya.

Tak sempat nak explore hotel ini sebab lepas sarapan, kami terus check out dan berpecah destinasi. Pernah baca review di blog lain, kolam renang di Hotel Hatten best...aduh! Sayang betul tak dapat mandi kat pool dia. InshaAllah, ada rezeki lain masa kita datang sini lagi bercuti.










Pihak pengurusan ambil inisiatif memasukkan makluman lawatan rasmi Agong dalam info tv dalam setiap bilik hotel, jadi sekurang-kurangnya pengunjung hotel ambil maklum apa yang sedang berlaku 






No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)